Saturday, September 28, 2013

DINASTI LIM di hujung tanduk, AMBIGA tak boleh tolong


Tarikh 4 Januari 2013 adalah satu tarikh titik hitam dalam sejarah DAP. Kebinasaan terhadap DAP bermula dari tarikh tersebut hasil kerja Dinasti Lim, Anthony Loke dan Tony Pua.

Pada hari itu Tony Pua membuat pengumuman bahawa terdapat kesilapan pengiraan undi dalam keputusan CEC yang diumumkan pada pada 15 Disember 2012. Tony Pua memberi alasan ianya berpunca dari masalah penjumlahan undi yang dibuat menggunakan sistem Microsoft Excel.

Alasan yang menjadi bahan gelak ketawa orang ramai hingga kini. Sistem komputer dikatakan silap mengira jumlah undi yang diraih Vincent Wu, calon yang menang di tempat ke 6 dengan dengan bilangan undi 1202 UNDI. Tony Pua menyatakan jumlah undi sebenar yang diraih oleh Vincent Wu hanya 669 undi.

Bukan hanya itu sahaja, kesilapan bukan setakat Vincent Wu, malah turut melibatkan undi untuk Zairil Khir Johari. Tony Pua menyatakan undi yang diterima Zairil adalah 803 undi dan beliau menang di tempat ke 20. Keputusan yang diumumkan pada 15 Disember 2012 Zairil berada di tempat ke 39 dengan jumlah undi yang diterima 305 undi.


Baca seterusnya APA di sini, juga di sini


No comments:

Post a Comment