Thursday, September 19, 2013

Hanya seorang komunis mabuk atau Cina cauvanis mengatakan Chin Peng pejuang kebebasan.


Apabila menggunakan perasaan, tidak bermakna rasional sudah tidak ada. Segala apa kita haruskan lakukan dengan perasaan, baru kita lakukan sesuatu dengan perkiraan kemanusiaan. Maka tidak seperti akauntan dan peguam yang dalam keasyikan melihat nombor dan perkataan undang, hilang langsung peri kemanusiaan.

Ada yang bersikap terbuka dan liberal mahu berhujah dengan kononnya memberi peluang untuk Chin Peng? Sudut sejarah mana yang harus memahkotakan seorang pengganas dan pembunuh rakyat marhaen sebagai pejuang kemerdekaan?

Kesimpulan artikel ini jelas, Chin Peng tidak boleh langsung dikatakan sebagai pejuang kemerdekaan. Hanya seorang komunis mabuk atau Cina cauvanis mengatakan Chin Peng pejuang kebebasan.

1. Tanahair mana yang ingin dibebaskan? Ini bukan tanahair Chin Peng. Dia bukan warganegara! Semasa perang China-Jepun, dia mahu pergi ke China membantu Mao Tze Tong.

2. MPAJA adalah caturan British untuk mengambilalih tanah jajahannya. British gunakan orang Cina, semasa itu kaum imigren dan pendatang, dan bukan membantu orang Melayu untuk memenangi kembali tanahairnya. 

3. Adakah Jepun itu musuh? Kalau difikran mereka, British, dan MPAJA (proksi untuk Cina) adalah semua musuh kerana semua orang luar! Mereka tak ada hak atas negara ini. Namun, mengikut sejarah, kemasukkan Jepun meniupkan kesedaran dalam jiwa nurani orang Melayu dan semangat nasionalisma.

4. Jika diterima Chin Peng sebagai seorang yang mahu menyelamatkan kampung halamannya dan kita ketepikan ideologi politik dahulu, kenapa rakyat marhaen diperas, dizalimi dan dibunuh? Adakah ini pejuang kebebasan yang sayangkan tanahair dan rakyat? Tidak ada langsung alasan. 

5. Kalau diikuti penulisan Dhamala NS dalam blognya berkenaan pertemuaan dan interviu beliau dengan Shamsiah Fakeh, dia menceritakan keringnya hati PKM Cina yang mencampakkan ke dalam sungai bayinya yang diamanahkan untuk dianak angkatkan kepada orang ke dalam sungai. 

MPAJA dan PKM mempunyai perkiraan kaum dan ideologi hanya justifikasi. Seperti juga hari ini MCA yang satu masa dahulu adalah penyelamat kaum Cina yang merupakan mangsa komunis, mereka bersama DAP untuk menyokong tuntutan Batang Kali terhadap British. Apa orang Melayu tak ada collateral damage? 

6. PKM ditubuhkan oleh seorang Cina Vietnam yang merupakan agen serampang tiga untuk Jepun, British dan Komunis. Semasa menubuhkan MPAJA, ia mengatur pertemuan antara Cina Kuomintang dan Cina Komunis dengan Spenser, wakil British. MPAJA dibantu British. Kenapa British tidak latih Melayu untuk bebaskan tanhairnya? Jawabnya senang, kesemua mereka tidak mahu orang melayu bersenjata dan melakukan uprising. Manakala, Cina bersatu untuk bekerjasama dapatkan balik Malaya. 

Mereka yang sering memuntahkan peringatan supaya rasional sering memuntah pendapat dan pemikiran dari sudut yang dangkal. Pemikiran yang kononnya rasional adalah pemikiran yang tidak ada emosi atau dalam ertikata lain, tidak ada naluri dan tidak malalui. 

Dalam kononnya cuba berrasional, ia mendedahkan diri hanya berupaya berfikir di tahap permukaan dan melahirkan kesimpulan mudah tanpa fakta dan analisa yang mendalam.


No comments:

Post a Comment