Pengerusi
DAP, Karpal Singh menyokong sebarang usaha membawa semula bekas
Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng ke
Malaysia.Karpal dilaporkan dalam kenyataan portal FMT
berkata Kerajaan Malaysia tidak perlu berkeras dalam pendirian
lamanya yang melarang kepulangan Chin Peng ke negara ini .Beliau
berkata begitu ketika mengulas
cadangan bekas Timbalan Pengarah cawangan khas,Yuen Yuet Leng yang meminta kerajaan membenarkan Chin Peng dan bekas anggota PKM yang lain kembali semula ke Malaysia.
“Masanya telah tiba untuk kerajaan menjadi pragmatik dan belas kasihan serta untuk melihat nasib seorang warga emas,” kata Karpal. Karpal juga percaya bahawa keturunan rakyat Malaysia yang terbunuh semasa
pemberontakan komunis boleh memaafkan kejadian lampau itu. “Komunis
telah meletakkan senjata 24 tahun lalu dan ini adalah sebab yang baik
untuk kerajaan Malaysia membenarkan Chin Peng dan rakan-rakannya
kembali ke negara ini pada tahun-tahun senja kehidupan mereka,”
kata Karpal lagi. Gesaan Karpal itu pernah dibuat oleh Ketua Umum
PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2009.
Anwar
dilaporkan dalam portal putar belit Meloyakini
berkata
atas dasar perikemanusiaan Chin Peng,patut dibenarkan pulang ke
Malaysia. “Dia (Chin Peng) umur pun dah tua. Dia nak balik ke
kampung halaman dia. Kita dah benarkan dulu,” katanya dalam sidang
media selepas berucap dalam Kongres Khas PKR di Bangi.“Sejarah kita
kena dilihat secara objektif dan (kita) ambil sikap peri
kemanusiaan.Yang sudah sudahlah, kita kerja,” kata Anwar,sambil
menyifatkan isu komunis kononnya dimainkan media pro-pemerintah.Chin
Peng, 89, kini tinggal dalam buangan di Bangkok dan telah memohon
kebenaran kerajaan dan juga melalui mahkamah untuk pulang ke
Malaysia.
APA
KATA ANDA ???
Baca seterusnya : di sini
No comments:
Post a Comment