Sebelum ini pemimpin pembangkang merwar-warkan kononnya matawang ringgit telah hilang nilainya dan susut secara mendadak dalam tempoh sebulan yang lepas.
Kononnya
ia disebabkan oleh ketidakmampuan DS Najib Razak dan kerajaan BN
pusat untuk mentadbir negara ini tanpa mereka memikirkan
faktor-faktor luaran yang mempengaruhi nilai ringgit.
Dan kita yakin, laporan di bawah tidak akan disiarkan oleh media pro-pembangkang!
Kuala Lumpur 11 Sept. - Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS,meneruskan peningkatannya selama tiga hari berturut-turut, dirangsang oleh kenaikan indeks pengeluaran perindustrian (IPP) Malaysia dan unjuran positif ekonomi Malaysia bagi suku ketiga tahun ini, kata para peniaga.
IPP naik 7.6 peratus tahun ke tahun bagi Julai.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS kepada 3.2600/2630 daripada 3.2785/2815 semalam.
Mata wang tempatan itu mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 2.5710/5735 daripada 2.5807/5849 semalam dan naik berbanding yen kepada 3.2506/2542 daripada 3.2742/2789 pada Selasa.
Ringgit tinggi berbanding pound British kepada 5.1469/1529 daripada 5.1486/1546 semalam dan meningkat berbanding euro kepada 4.3267/3313 daripada 4.3434/3480 pada Selasa. - Bernama
Begitu
juga dengan
kenyataan Lim Guan Eng DAP yang dilihat membuka pekung beliau
sendiri. BACA
SINI
No comments:
Post a Comment