SPRM kasi tolong siasat ini dakwaan berat. Dipercayai mereka
rasuah. Tolong siasat satu kali
SHAH
ALAM: Tindakan menarik diri oleh 17 calon daripada bertanding dalam
pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP hari ini
dipercayai strategi dalaman parti, kata Naib Pengerusi DAP Cawangan
Ladang Paroi, A David Dass.
Katanya,
penarikan diri pada saat-saat akhir menjelang pemilihan semula itu
sangat mencurigakan, dan dikhuatiri calon-calon tersebut 'diminta'
untuk berbuat demikian oleh pimpinan tertinggi parti.
Dengan
mengatur rancangan sedemikian, ia akan membuka ruang yang luas kepada
calon yang telah menang pada Kongres Nasional Disember tahun lalu,
untuk mengekalkan kedudukan mereka.
"Kenapa
saat terakhir? Mungkin mereka mempunyai agenda tersembunyi.
"Dia
nak kekalkan, tak nak adakan perubahan daripada keputusan sebelum
ini. Sebab apa, mereka akan tunjukkan alasan ini kepada RoS bahawa
mereka adalah betul dan yang lainnya salah.
"Mungkin
(calon yang menarik diri) dapat ganjaran, pampasan atau projek,"
katanya kepada Antarapos.
Sehingga
kini, seramai 17 calon dilaporkan menarik diri. Antaranya Ganabitarau
A/L Veraman yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pekerja
Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri Selangor, Naib
Pengerusi DAP Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo dan Ketua Pemuda
Sosialis DAP Teo Kok Seong.
David
menambah penarikan diri calon pada saat-saat akhir adalah tidak
wajar, kerana katanya calon perlu memaklumkan perkara itu kepada
perwakilan melalui notis pengetahuan dengan lebih awal.
Ia
lantaran DAP meminda keputusan pemilihan yang diadakan pada Disember
lalu apabila berlaku kesilapan teknikal semasa proses pengiraan
undi.
Pindaan yang direstui oleh Guan Eng itu
membolehkan Zairil dilantik sebagai ahli CEC iaitu badan tertinggi
DAP.
Sebelum itu, Zairil dan semua tujuh calon Melayu
lain kalah pada pemilihan itu.
Keputusan pemilihan
semula parti itu dijangka diumumkan kira-kira pukul enam petang ini.
- Antara Pos
No comments:
Post a Comment