Thursday, September 12, 2013

NAJIB PERLU WUJUDKAN TNB KE 2 DAN JANGAN SAMBUNG LAGI KONSESI SYARIKAT IPP !


Satu cadangan baik daripada seorang profesor dalam kenyataannya yang dikeluarkan 2 hari lepas.

cadangan supaya kerajaan mengarahkan petronas untuk mengambil alih beberapa syarikat IPP yang bakal tamat tempoh konsesinya tak lama lagi.

Berdasarkan kenyataan profesor tersebut, sekiranya perkara ini berlaku maka kerajaan DAPAT MENJIMATKAN HAMPIR RM30 BILLION SETIAP TAHUN yang selama ini disubsidikan bekalan gasnya kepada syarikat pengendali IPP.

Perjanjian syarikat IPP yang telah dikuatkuasakan oleh anwar sejak 15 tahun lepas akan tamat tak lama lagi.

Kompetatif atau persaingan dalam beberapa bidang utama dan penting negara perlu diperbanyakkan lagi bagi memberikan saingan lantas dapat menguntungkan majoriti rakyat.

Dulu syarikat telekomunikasi hanya ada satu.

Kini selain pemain utama seperti celcom,maxis dan digi terdapat banyak lagi syarikat yang mampu berdaya saing untuk memberikan perkhidmatan telekomunikasi kepada rakyat.

Di akhir persaingan ini, yang bakal mendapat untung adalah rakyat.

Rakyat akan mendapat pilihan dan mampu memilih servis dan caj mana yang difikirkan layak untuk dilanggan.

Beberapa survey secara rawak yang lakukan, terdapat protes yang tinggi oleh sebilangan pengguna mengenai bil TNB.

Jelas perjanjian IPP yang dilakukan oleh anwar sejak 15 tahun lepas ini tidak menguntungkan rakyat.

Malah kerajaan juga terbeban kerana terpaksa menanggung sejumlah subsidi gas yang tinggi dibekalkan kepada IPP. Nilaiannya mencecah RM30 billion setahun.

RM 30 billion.
Kerajaan subsidi kepada syarikat IPP.
Kerajaan arah petronas ambil alih syarikat IPP.
Akhir sekali yang bakal mendapat manafaat adalah rakyat.
RM 30 billion dapat dijimatkan SETAHUN ! 



No comments:

Post a Comment