Friday, September 27, 2013

Petua Sakit Gigi


Kisah sakit gigi pernah menimpa Nabi Allah Musa a.s dan ia menunjukkan ujian Allah kepada seorang Nabi bertaraf Ulul Azmi dan antara yang cukup dikenali dengan kegagahan yang tidak terperi hebatnya.

Namun sakit gigi tetap menimpa baginda.

Ada kisah seorang hamba Allah yang gedebe tetapi apabila ditimpa sakit gigi rupanya beliau tidak mampu menahan kesakitan hingga mengalir air mata. Kisah bagaimana manusia juga ada kelemahan walau sehebat mana pun mereka.

Baca petua sakit gigi di bawah ini dan selalulah berkumur mencuci gigi dan memberusnya setiap kali mahu tidur dan selepasnya.

Redha menerima kesakitan menjadikannya satu kemanisan menjadi hamba Tuhan yang Maha Penyayang.

1) Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.

2) Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.

3) Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.

4) Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubanggigi dan tutup dengan kapas.

5) Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.

6) Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.

7) Sapukan getah pokok kemboja pada gigi yang sakit.


Untuk mendapatkan petua-petua yang lain sila buka pautan di bawah



No comments:

Post a Comment