Satu
poster yang menunjukkan perbandingan acara Penghormatan Terakhir,
mendiang Teoh Beng Hock dengan majlis pengebumian jenazah bekas
Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak sedang tersebar di
internet.
Semasa
acara Penghormatan Terakhir, mendiang Teoh Beng Hock pada 20 Julai
2009 di Alor Gajah, Melaka telah dihadiri oleh ketiga-tiga pemimpin
tertinggi Pakatan Rakyat, iaitu Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim,
Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
Dalam
rakaman video acara itu jelas kelihatan ketiga-tiga pemimpin
pembangkang menunduk-nundukkan badan beberapa kali sebagai
menghormati mayat mendiang yang juga bekas Setiausaha Politik, salah
seorang Exco DAP kerajaan Selangor.
Namun,
Anwar dan Kit Siang tidak kelihatan semasa jenazah Allahyarham Azizan
selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Muasasah Darul Umum,
Pokok Sena, Kedah, pada 26 September lalu.
Dalam
majlis pengebumian itu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
juga turut serta disamping beberapa pimpinan UMNO, Menteri Besar
Kedah Datuk Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Perak Datuk Seri
Zambry Abdul Kadir dan Timbalan Menteri Air, Teknologi Hijau dan
Tenaga Datuk Seri Mahdzir Khalid.
No comments:
Post a Comment