Monday, September 23, 2013

PR Hantar Wakil Hadiri Penghormatan Terakhir Ching Peng#Video Inside



Naib Presiden PKR, Tian Chua dilaporkan KiniTV telah menghadiri penghormatan terakhir kepada Chin Peng di kuil Wat That Thong pada Sabtu.

Tian Chua berkata Chin Peng dan generasinya telah membentuk peta Asia Tenggara hari ini dan dia perlu diiktiraf sebagai sebahagian daripada sejarah Malaysia.
Tiada siapa yang harus memanipulasi sejarah untuk mendapatkan kepentingan politik,” kata Tian Chua.
Sebelum ini, Tian Chua dalam laman Twitternya menyifatkan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu sebagai pejuang kemerdekaan dan pemergiannya adalah satu kehilangan kepada negara.
Pada hari Malaysia ke-50 tahun, kita kehilangan seorang patriot yang telah berjuang untuk kemerdekaan negara. Bersemadi dengan aman Chin Peng),” katanya.




Kenyataan itu bagaimanapun disambut dengan kemarahan pengikutnya di laman sosial tersebut.
Sampah. Anda (Tian Chua) beritahu LKS (Penasihat DAP, Lim Kit Siang) berhenti buat kenyataan gila,” respon A. Chandrakumanan, salah seorang pengikut Tian Chua di Twitter.
MrAlip pula sinis merujuk Tian Chua dengan berkata: “Lagi dalang pengganas.”
Mingguan Malaysia hari ini melapor terdapat sumber mendakwa tarikh kematian Ching Peng sengaja dirancang pada 16 September untuk mengaitkan dengan semangat patriotisme.

Dipercayai pemimpin PKM itu meninggal dunia di Hospital Bangkok di Thailand pada petang Ahad (15 September).
Bagaimanapun menurut sumber, kematiannya telah dilaporkan pada awal pagi Isnin (16 September) di mana ketika rakyat negara ini menyambut Hari Malaysia pada hari tersebut.
Dipercayai tarikh (kematian) pada hari Isnin itu dipilih supaya Chin Peng diingati oleh penyokongnya yang secara kebetulan jatuh pada hari penting buat seluruh rakyat Malaysia menyambut hari pembentukan negara Malaysia.
Pihak kami mendapat maklumat ini merupakan agenda terancang pihak-pihak tertentu kononnya mahu mengaitkan kematian Chin Peng sebagai semangat nasionalisme,” katanya.
Chin Peng merupakan ketua gerila PKM yang berjuang menentang British dan angkatan Komanwel untuk menubuhkan sebuah negara komunis.
Pemberontakan komunis bagaimanapun gagal dan dia hidup dalam buangan di Thailand dan tidak dibenarkan untuk kembali dalam Malaysia.




 Baca juga : AIDC


No comments:

Post a Comment