Kenaikan
harga minyak telah berlaku sejak 1967 sewaktu perang Arab Israel.
Pada ketika itu bukan sahaja minyak yang naik tetapi dituruti dengan
kenaikan bahan mentah, makanan dan lain-lain barang keperluan naik
mendadak
Ketika
itu walaupun wujud kenaikan harga tetapi impak kepada pengguna kereta
dan motosikal amat kecil kerana ketika itu bukan semua orang mampu
berkereta atau bermotosikal seperti sekarang.
Tahun
70an 80an dan 90an beberapa kali kenaikan harga bahan api berlaku,
namun pada ketika itu, Anwar berada dalam kerajaan jadi impak
kenaikannya dapat dijawab oleh Anwar dan berjaya mematikan hujah Dap
dan Pas terutama dalam Dewan Rakyat.
Kini
Anwar berada di dalam kelompok pembangkang maka kenaikan harga bahan
bakar menjadi lebih meriah berbanding dahulu.
Petang
nanti difahamkan satu'falshmob'
telah di adakan di sekitar Kuala Lumpur bagi membantah kenaikan 20
sen.
Apapun
jangan lupa kepada rakyat Pulau Pinang juga perlu membantah kenaikan
harga air 100% mulai 1 September 2013.
Baca artikel berikutnya : di sini
No comments:
Post a Comment