Monday, September 2, 2013

SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA MAHASISWA YANG BARU MENDAFTAR DI IPTA DI SELURUH MALAYSIA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

إِنَّ الۡحَمۡدَ لِلّٰهِ نَحۡمَدُهُ وَ نَسۡتَعِيۡنُهُ وَ نَسۡتَغۡفِرُهُ، وَ نَعُوۡذُ بِاللّٰهِ مِنۡ شُرُوۡرِ أَنۡفُسِنَا وَ مِنۡ سَيِّئَاتِ أَعۡمَالِنَا.

مَنۡ يَهۡدِهِ اللّٰهُ فَلَا مُضِلَّ لَهُ، وَ مَنۡ يُضۡلِلۡ فَلَا هَادِيَ لَهُ،

وَ أَشۡهَدُ أَنۡ لَا إِلٰهَ إِلَّا اللّٰهُ وَحۡدَهُ لَا شَرِيۡكَ لَهُ،

وَ أَشۡهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبۡدُهُ وَ رَسُوۡلُهُ.

يَآ أَيُّـهَا ٱلَّذِيۡنَ أٰمَنُوا ٱتَّقُوا ٱللّٰهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَ لَا تَمُوۡتُنَّ إِلَّا وَ أَنۡتُمۡ مُسۡلِمُوۡنَ

يَآ أَيُّـهَا ٱلنَّاسُ ٱتَّقُوۡا رَبَّكُمُ ٱلَّذِيۡ خَلَقَكُمۡ مِنۡ نَفۡسٍ وَاحِدَةٍ وَ خَلَقَ مِنۡهَا زَوۡجَهَا وَ بَثَّ مِنۡهُمَا رِجَالًا كَثِيۡرًا وَ نِسَآءً، وَ ٱتَّقُوا ٱللّٰهَ ٱلَّذِيۡ تَسَآءَلُوۡنَ بِهِ وَ ٱلۡأَرۡحَامَ إِنَّ ٱللّٰهَ كَانَ عَلَيۡكُمۡ رَقِيۡبًا.

يَآ أَيُّـهَا ٱلَّذِيۡنَ أٰمَنُوا ٱتَّقُوا ٱللّٰهَ وَ قُوۡلُوۡا قَوۡلًا سَدِيۡدًا يُصۡلِحۡ لَكُمۡ أَعۡمَالَكُمۡ وَ يَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوۡبَكُمۡ، وَ مَنۡ يُطِعِ ٱللّٰهَ وَ رَسُوۡلَهُ فَقَدۡ فَازَ فَوۡزًا عَظِيۡمًا.

أَمَّا بَعۡدُ:


Sesungguhnya segala puji itu bagi Allah. Kami memuji-Nya, memohon pertolongan kepada-Nya dan memohon ampunan kepada-Nya. Dan Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri-diri kami dan dari keburukan perbuatan-perbuatan kami.

Dan barangsiapa diberi hidayah oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkannya dan barangsiapa disesatkan oleh-Nya maka tidak ada yang dapat memberinya hidayah.

Dan aku bersaksi bahwa tidak ada tuhan yang patut disembah kecuali Allah semata tidak ada sekutu bagi-Nya.

Dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah hamba-Nya dan utusan-Nya.

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam Keadaan beragama Islam.

Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah Perkataan yang benar, niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, Maka Sesungguhnya dia telah mendapat kemenangan yang besar.

Saya ingin mengucapkan jutaan tahniah dan syabas kepada seluruh pelajar yang telah mendaftar masuk ke IPTA seluruh Malaysia.

Gunakanlah peluang yang ada ini dengan sebaiknya untuk menimba ilmu dan pengalaman. Dekatilah para pensyarah anda yang sudah bersedia memberikan ilmu mereka kepada anda. Gunakanlah semaksimum mungkin segala peralatan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan. Manfaatkan segala masa yang ada dan terluang di perpustakaan.

Jauhi aktiviti-aktiviti yang tidak mendatangkan hasil kepada diri anda. Bijaklah dalam memilih rakan-rakan anda. Jangan mudah terpengaruh dengan dakyah Syiah, Khawarij, Muktazilah, dan lain-lain. Tumpukan perhatian sepenuhnya di dalam dewan kuliah dan kelas. Dan yang paling penting, jangan sesekali meninggalkan solat.

Perlu diingatkan kepada kesemua Mahasiswa bahawasanya, Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau PTPTN bukanlah satu pinjaman yang wajib. Ianya adalah pilihan. Masih banyak lagi jalan-jalan lain untuk mendapatkan biasiswa ataupun bantuan kewangan. Antara yang boleh anda lakukan ialah memohon Biasiswa yang ditawarkan oleh kerajaan pusat, negeri, agensi kerajaan, badan berkanun mahupun pihak swasta. Selain itu terdapat juga pusat zakat, baitumal yang juga menyediakan bantuan kewangan kepada para pelajar. Untuk maklumat lanjut sila rujuk disini [BIASISWA / BANTUAN KEWANGAN] 

Kepada mahasiswa yang akan mengambil PTPTN sebagai pilihan pinjaman kewangan. Baca terlebih dahulu isi perjanjian sebelum menandatangani perjanjian pinjaman. Dan sekiranya anda mahu PTPTN anda ditukar menjadi Biasiswa, pastikan anda mendapat Anugerah Dekan setiap semester. Insyallah PTPTN anda akan ditukar menjadi biasiswa.

Kepada pelajar lama, gunakan semester baru ini untuk memperbaiki grade anda. Bantulah adik-adik baru anda dalam pendidikan. Jangan gunakan kesempatan yang ada untuk me'nackle' junior-junior baru atau mengajak mereka melakukan perbuatan yang mungkar. Sebaliknya bimbinglah mereka dijalan yang benar. Buanglah sikap 'ragging', dan bersikap terbukalah tatkala pelajar baru melakukan kesilapan ataupun kesalahan. 

Akhir sekali, jadikan Universiti sebagai satu zon ilmu yang aman dan tenteram. Jadikanlah budaya membaca dan berdiskusi secara ilmiah sebagai aktiviti harian anda. Sekali lagi Syabas dan Tahniah kepada pelajar baru dan selamat kembali ke kampus kepada pelajar lama.


Baca seterusnya : di sini


No comments:

Post a Comment