KOTA
KINABALU: Malaysia mengaktifkan amaran keselamatan di sepanjang
sempadan perairan negari itu dengan selatan Filipina berikutan
serangan pemberontak Moro di Zamboanga City.
Amaran
keselamatan di Sabah dikeluarkan untuk meneliti sebarang kemungkinan
insiden yang berlaku di selatan Filipina pada pagi Isnin turut
menular ke negeri ini.
Kira-kira
400 lelaki bersenjata yang dipercayai ahli kumpulan Barisan
Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) menyerang Zamboanga City yang
terletak kira-kira 460km dari Sandakan.
Menurut
laporan terbaru, pemberontak Moro itu turut mendakwa mereka telah
menawan tujuh orang penduduk kampung dan meminta kedutaan Indonesia
untuk campur tangan dalam perkara tersebut.
Dilaporkan
sekurang-kurangnya seorang polis Filipina maut manakala beberapa lagi
cedera dan 30 orang dijadikan tebusan.
Ketua
Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk
Mohammad memberitahu The Star Online bahawa pasukan keselamatan telah
mengambil pendekatan untuk mengkukuhkan sempadan perairan di samping
memantau perkembangan serangan di Zamboanga.
"Kami
telah memaklumkan pasukan keselamatan kita supaya bersedia dan Esscom
juga akan bekerjasama berikutan insiden itu," katanya.
Kedudukan
Sabah yang terletak berhampiran Selatan Filipina menimbulkan
kebimbangan bahawa pemberontak mungkin melarikan diri ke negeri itu
dalam usaha mengelak daripada ditangkap pihak keselamatan Filipina.
MNLF
yang diketuai oleh Nur Misuari yang disisihkan daripada perjanjian
damai antara Manila dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF)
kelihatan tidak senang duduk dan mengisytiharkan kemerdekaan untuk
wilayah selatan Filipina termasuk Sabah pada 13 Ogos lalu.
No comments:
Post a Comment