Friday, October 4, 2013

Adakah Anwar Akan Naik Kereta Pergi Turki Kalau Jadi PM?

a319cj-9m-naa

Apalah BODOH sangat ahli parlimen pembangkang yang mempersoalkan kos penyelenggaraan pesawat bagi kegunaan pemimpin-pemimpin negara termasuk Yang Pertuan Agung dan Perdana Menteri dalam sesi perbahasan di Parlimen semalam. Baca di sini.

Penulis katakan bodoh sebab bila buat semakan di Internet, tidak ada pembangkang di mana-mana negara di dunia yang pertikai kos penyelenggaraan pesawat kerajaan yang digunakan untuk mengangkut pemimpin negara masing-masing menghadiri tugas rasmi di luar negara. Pertikai kos beli ada, pertikai kos selenggara, tidak ada.

Waima Zimbabwe sekalipun - kebelakangan ini penulis memang gemar guna negara ini sebagai perbandingan.

Tapi mentaliti ahli parlimen pembangkang di negara kita adalah jauh lebih rendah dan murah dari ahli parlimen pembangkang Zimbabwe yang dilanda inflasi terburuk dunia itu, sampaikan kos penyelenggaraan pesawat untuk kegunaan pemimpin negara pun dijadikan isu.

Apa tidak ada cerita lain ke?

Contoh macam ahli parlimen Taiping yang mempersoalkan perkara ini semalam, apa dah takde langsung masalah rakyat di Taiping tu yang nak diketengahkan sehingga kos penyelenggaraan pesawat ini jugak yang nak dipertikai?

Seolah-olahnya kalau Pakatan haram ini jadi kerajaan, pemimpin mereka seperti Anwar Ibrahim akan berkereta untuk pergi ke Turki atau USA melawat para pelobi Yahudi yang menjadi penaja utama aktiviti politik pembangkang di negara ini.  Guna jet yang sama jugak sebab nama pada geran jetitu bukan nama Najib pun tapi kerajaan Malaysia.

Alangkah nak ulang alik KL-Sarawak Sarawak-KL pun Anwar dan culai-culainya guna jet peribadi (konon kawan bagi pinjam – macam bodoh benar kita ni ya), ini pulak nak ulang alik ke luar negara nun


Jadi ini semua petanda masalah, hasil dari kebodohan sesetengah kita dulu mengundi badut-badut ini masuk ke Parlimen sehinggakan Parlimen kita hari ini hanya duduk dua atau takuk dibawah sarkas.

Perbahasan pindaan ke atas Akta Pencegahan Jenayah kelmarin pun begitu juga.Dah tahu dah, berbahaslah sampai tercabut gusi pun undang-undang itu pasti akan diluluskan sebab ahli parlimen BN adalah 44 orang lebih ramai dari ahli parlimenpakatan pembangkang, tapi ada juga badut-badut pembangkang ini yang memanjangkan sesi sehingga ke tengah malam dengan membangkitkan isu yang tidak ada kena mengena.

Apa tujuannya?  Nak sabotajlah tu, kot-kot ada ahli parlimen BN yang fed-up dan meninggalkan dewan sehingga pembangkang dapat kelebihan.  Malangnya itu tidak berlaku, ahli Parlimen BN tetap melekat dan akhirnya undang-undang tersebut diluluskan.

Nak marah Speaker tak boleh sebab nanti dikatakan menghalang demokrasi, yang salah sudah tentulah badut sarkas pembangkang yang bergelar YB ini. 


Baca seterusnya  :di sini

No comments:

Post a Comment