Seorang budak
penghantar barang tiba-tiba mengamuk lalu menikam dua orang sehingga mati
sementara dua lagi cedera dalam satu kejadian di sini pada Khamis.
Insiden yang berlaku
pada pukul 11.20 pagi itu bermula apabila suspek yang berusia 26 tahun itu
menghantar rokok di beberapa buah kedai di Stesen Terminal LRT Gombak.
Timbalan Ketua
Bahagian Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa
berkata suspek menikam pemilik kedai berusia 60 tahun dan pembantunya iaitu
seorang perempuan berusia 40 tahun.
"Dia
kemudiannya melarikan diri dengan menaiki sebuah van jenis Daihatsu berwarna
putih menghala ke Taman Melati.
"Kenderaan dinaiki
suspek turut berlanggar dengan sebuah lagi van yang dipandu oleh seorang lelaki
tua di hadapan stesen LRT Taman Melati," katanya kepada pemberita di
tempat kejadian
Beliau berkata
pemandu van tersebut keluar daripada kenderaannya untuk melihat keadaan vannya
turut ditikam sebanyak tiga kali menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian.
"Suspek
kemudiannya kembali menaiki vannya dan memandu kira-kira satu kilometer
daripada tempat kejadian sebelum berlanggar dengan sebuah Toyota Prius yang
dipandu oleh seorang remaja.
"Dia
kemudiannya menikam remaja berkenaan sekali dan ketika mangsa cuba melarikan
diri, suspek menikam mangsa sebanyak dua kali lagi," katanya sambil
menambah remaja berkenaan merupakan pelajar kolej turut meninggal dunia di
tempat kejadian.
Beliau berkata orang
ramai yang menyaksikan insiden berkenaan segera menahan suspek sebelum pihak
polis tiba.
No comments:
Post a Comment