SHAH ALAM: Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd Nor
menyifatkan tindakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir dalam
dialog agama bersama Pope Francis di Rom baru-baru ini sebagai modal
mendapatkan publisiti.
Kata beliau, Anwar kini dilihat semakin terdesak dalam
meraih perhatian serta keyakinan rakyat.
“Datuk Seri Anwar Ibrahim ni ahli politik yang terdesak
sekarang. Dia dah hilang modal. Sebab itu dia akan mencari ruang untuk
mendapatkan perhatian. Setiap ruang yang ada, setiap tokoh besar yang dia
jumpa, institusi berpengaruh yang dia boleh jumpa untuk menarik balik perhatian
rakyat dan menarik perhatian dunia kepada beliau, beliau akan lakukan.
“Itu memang strategi dia. Dia akan gunakan kawan-kawan,
tokoh tertentu untuk buat program untuk beliau untuk menonjolkan balik imej
beliau.
“Saya rasa perjumpaan dengan Pope ini pun salah satu
daripada strategi. Bukan untuk agama. Bukan untuk kepentingan agama, tapi untuk
kepentingan politik beliau,” katanya kepada Antarapos.
Sebelum ini Ketua Pembangkang itu mendakwa beliau
dijemput oleh Pope untuk menyertai dialog berkaitan agama di Rom.
Dialog itu turut melibatkan pemimpin Islam, Kristian dan
agama lain di Sepanyol.
Mengulas lanjut Ezam berkata kehadiran Anwar yang
kononnya mewakili suara Islam itu diragui kerana keperibadian serta
kedudukannya dalam kerajaan.
Malah beliau turut bimbang perkara itu akan menimbulkan
tafsiran salah di kaca mata dunia terhadap agama Islam.
“Rekod sebelum ini kita punya alasan untuk bimbang bahawa
kehadiran beliau bukan untuk kepentingan agama, malah beliau sanggup berkompromi
dari sudut kepentingan agama untuk mencapai kepentingan individu dan
kepentingan politik beliau sendiri.
“Kita bimbang akan mengundang masalah yang akan merugikan
umat (Islam), bukan menguntungkan umat,” ujar beliau.
Katanya, Anwar sering dikaitkan sebagai pemimpin liberal.
Beliau dikatakan menyokong serta terlibat dalam amalan seksual LGBT sehingga
diheret ke mahkamah berhubung kes liwat dengan bekas pembantunya.
Malah, Anwar turut menyokong penggunaan kalimah Allah
dalam kitab Bible Bahasa Melayu yang boleh memesongkan akidah umat Islam di
negara ini – Antarapos
Anwar Tertarik Personaliti Pope
No comments:
Post a Comment