Friday, October 4, 2013

Apa Kes, Dakwat Kekal DAP Hilang Dalam Masa 5 Minit?

IMG-20131003-WA0002

KALAU diingat-ingatkanlah, DAP adalah antara parti paling lantang menyerang Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) berikutan penggunaan dakwat kekal dalam proses pengundian PRU13 pada 5 Mei yang lepas.  Bila selak balik, sakit hati pun ada baca ulasan pemimpin-pemimpin DAP tentang perkara tersebut.

Padahalnya, dakwat kekal ini bukan cadangan orang lain, cadangan dia juga dulu, tapi tetap tak terlepasdari dijadikan isu sensasi.

Bagaimanapun, bila terdedah bahawa dakwat kekal yang digunakan dalam pemilihan Jawatankuasa Ekskutif Pusat Parti (CEC) Ahad lepas, pun ‘tidak kekal’ juga, maka ini sudah jadi persoalan serius yang memerlukan jawapan segera dari pemimpin-pemimpin DAP.

Terutama ahli CEC nombor 5, tapi dapat kekal sebagai Setiausaha Agung – Lim Guan Eng.

Memang Anthony Loke kata dakwat itu kekal 3 jam, tapi seorang perwakilan yang juga calon dalam pemilihan Ahad lepas, Zulkifli Mohd Nor menegaskan yang dakwat tu tahan tak sampai 5 minit pun!!  Lagipun, kok betullah apa yang Anthony Loke kata, nak tanya juga ni, apa jenis dakwat kekal yang hanya bertahan 3 jam?  Itu bukan dakwat kekal, itu dakwat yang susah nak dicuci.

Bodoh atau tak faham bahasa Malaysia, masuk sekolah jenis kebangsaan lagi.

Anyway, kalau tak memekak pasal dakwa kekal SPR itu hari, munasabahlah jugalah.

Tapi dia punya bising kan main lagi ya, sekarang bila dakwat kekal dalam pemilihan DAP pun ‘melurut’ juga dalam tempoh yang jauh lebih singkat (malah dikatakan tak payah susah-susah cuci pun), maka apa agaknya kata DAP sekarang?

Apa ramai sangat ke perwakilan DAP yang terlibat itu hari sehingga dibeli dakwat yang tidak berkualiti?  Takkan perwakilan lebih sikit seribu setengah pun dakwat yang digunakan kualiti rendah juga?  Atau mungkinkah berlaku penyelewengan dalam soal pembelian dakwat ini?  Yelah, order lain, beli lain, baki?  Masyukkkk..

Jadi apa pun nak cakap selepas ini, yang nyata DAP sudah hilang intergriti dalam apa kapasiti sekalipun untuk menyoal SPR.  Pemilihan dia pun kantol dakwat kekal, tak usahlah lagi membuang masa nak menyalahkan orang lain pulak.

Sudahlah isu Janice Lee yang asalnya dipecat (bertanding sebagai calon Bebas) boleh jadi perwakilan, malah mengundi pula dalam pemilihan Ahad lepas, masih tak selesai hingga sekarang. Tambah dengan skandal berkaitan dakwat tak kekal ni, mahu rasanya Guan Eng lepas jawatan dan bagi orang yang berhak untuk jadi Setiausaha Agung, Liew Chin Tong atau Gobind Singh Deo yang dapat undi jauh lebih tinggi dari Guan Eng.

Awak Nombor 5, buat cara nombor lima la maa.....jadi Pengerusi Biro sudahla, nak jugak jadi Setiausaha Agug, tak MALU. 


Baca selanjutnya di sini

No comments:

Post a Comment