Tapi selepas dalam sidang DUN dan menghentam
pihak Rejim PAS sendiri dia terus nak lari.
Adakah orang macam ni yang nak dijadikan sebagai
Timbalan Presiden PAS Pusat? Yang dikatakan mampu untuk meneruskan
perjuangan Ulama?
Janganlah semata - mata kerana tidak dilantik menjadi Exco Rejim
membuatkan dia berdendam kesumat serta sanggup
mengaibkan Rejim sendiri.
_______________________________________________________________________
Sebenarnya
bukan Hussam Musa sahaja yang tidak mendapat perkenaan Tuaku Sultan Kelantan
malah Dato Shukri bekas Penasihat Tuanku Sultan juga ditolak oleh Tuanku.
Untuk
makluman, Dato Shukri yang sebelum ini merupakan penasihat Tuanku Sultan
Kelantan telah dipecat oleh Istana ekoran laporan yang mengaitkan salah guna
kuasa apabila wang RM800 ribu yang sepatutnya dimasukkan ke dalam akaun Yayasan
Tuaku Sultan Kelantan telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Dato Shukri.
Ekoran
daripada pendedahan tersebut Tuanku Sultan menjalankan siasatan dan mendapati
laporan tersebut adalah benar dan Tuanku Sultan menitahkan agar wang RM800 ribu
dikembalikan kepada Yayasan Sultan Kelantan.
Kebijaksanaan
Tuaku Sultan tidak berakhir disitu sebaliknya Tuanku melakukan penyiasatan akan
penyelewengan yang berlaku tanpa pengetahuan beliau sepanjang Dato Shukri
menjadi penasihat Tuanku Sultan. Ternyata Tuanku Sultan tepat apabila mendapati
Dato Shukri telah menjalankan kerjasama dalam merompak hasil balak Kelantan
bersama dengan Hussam Musa EXCO Kerajaan Negeri disamping peguam utama Hussam
musa sendiri Fauzi yang melakukan kerja dokumen dan pembersihan dalam kerja
kotor yang dilakukan.
Modus
operandi mereka cukup licik yang mana Hussam Musa melalui peguamnya dan
beberapa pegawai kerajaan Negeri mendokumentasikan permohonan untuk mengorek
bijih besi dikawasan balak. Dato Shukri yang mempunyai kuasa tanpa pengetahuan
Tuanku Sultan telah meluluskan permohonan Hussam Musa itu agar kawasan yang
kononya didakwa mempunyai bijih besi diterokai.
Hakikat
sebenar modus operandi mereka adalah untuk menebang balak dan setelah balak
ditebang maka mereka akan melaporkan tidak ada bijih besi dijumpai. Kegiatan ini
berterusan dari masa ke semasa yang mana kumpulan Dato Hussam dan Dato Shukri
telah mengaut berpuluh puluh juta hasil dari modus operandi mereka.
Tuanku
Sultan telah mengetahui kegiatan mereka ini dan atas sebab itulah Dato Shukri
dipecat dari Istana dan Hussam Musa dipecat dari jawatan Exco Kerajaan negeri.
- Sebastian Phui
No comments:
Post a Comment