Friday, October 4, 2013

Halooo Tokong Guna pengauditan dalaman dan luaran pun silap kira ka : Lawak Silap Mata Terhebat DAP Untuk Tutup Label Rasis


Memetik laporan Mstar, DAP mengakui berlaku kesilapan dalam pengiraan undi dalam pemilihan parti baru-baru ini.Dalam keputusan yang dipinda, Zairil Khir Johari, yang pada mulanya berada pada kedudukan 39, kini menduduki kedudukan 20 dalam jawatankuasa eksekutif pusat (CEC).

Vincent Wu, yang pada mulanya diumumkan mendapat tempat keenam dengan 1,202 undi, telah jatuh ke tempat ke-26 kerana parti mendakwa beliau sebenarnya hanya meraih 669 undi.

Zairil, yang sebelum ini dikatakan mendapat 305 undi, sebenarnya telah mendapat 803 undi, meletakkannya pada kedudukan 20. Pengarah pilihan raya DAP Pooi Weng Keong berkata mereka membuat pindaan mengikut pengauditan dalaman dan luaran. 
Ianya bukan setakat silap mata malah wayang kulit yang kononnya mereka ‘transparent’ dan tidak cauvunis..

Bagi saya ini kosmetik semata-mata dan langsung tidak menggambarkan apa yang sebenarnya. Orang terdesak sanggup lakukan apa sahaja…Namun apa pun perkembangan terbaru hari ini menimbulkan pelbagai persoalan dan tidak pelik dan sedikit pun  tidak mengejutkan. Apa pun rakyat boleh nilai dan boleh tengok sendiri apa yang berlaku 

Sementara itu Pengarah Institut Kepimpinan Asia (ASLI) Tan Sri Ramon Navaratnam berkata DAP sepatutnya bekerjasama dengan juruaudit antarabangsa yang diiktiraf dan syarikat teknologi maklumat bagi mengesahkan keputusan pemilihan CEC parti itu yang berlaku disebabkan oleh masalah teknikal.
Ramon berkata DAP sepatutnya membenarkan satu siasatan terbuka dijalankan bagi menunjukkan integriti, ketelusan dan kebertanggungjawaban mereka dalam menghadapi risiko.


No comments:

Post a Comment