Ini nak habaq mai
pasai budak-budak la ni yang senang-senang sangat percaya cakap orang lelaki.
Baru kena ayat sikit, mata dah berpinar. Cepat sangat percaya tapi kenai pun
tidak, sekadar berkata-kata di alam maya. Mula ayat-ayat mintak nombol
tepon,lepaih tu main sma la, whatsapp la, wechat la, fb bla la, blab bla bla,
cakap rindu-rindu la plak. Habaq tak puaih tengok pic kat fb ja. Dah mula lah
tu mengayat! Apa lagi depa pun makan la ayat tak makan saman tu! Hah! Lepaih tu
apa lagi depa pi la jumpa. Apa lagi, lauk mai depan mata, lauk masak kari
kepala ikan la katakan, wajib makan woo. Huhuhu… peace…
KUALA LUMPUR:
Menggerunkan apabila cinta maya yang berputik di laman sosial seperti facebook
(fb), twitter, Myspace, Tagged dan Instagram selain kemudahan telefon pintar
seperti BlackBerry Messenger (BBM) menyebabkan ramai remaja perempuan terjebak
dengan kegiatan tidak bermoral, termasuk hamil luar nikah.
Antara faktor utama
masalah itu ialah kerana kesepian dan cemburu melihat rakan sebaya berwajah
cantik berdampingan dengan kekasih, menyebabkan ramai gadis kurang menawan menyalahgunakan
kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seperti laman sosial dan
telefon pintar untuk mendapatkan seramai mungkin kenalan lelaki.
Bagaimanapun,
tindakan itu membawa padah apabila maruah diri tergadai selepas terperangkap
dengan janji manis lelaki miang.
Ini berikutan gadis
seperti itu terlalu kemaruk untuk memiliki teman lelaki tanpa menyiasat latar
belakang kenalan baru apabila berhubung melalui laman sosial.
Akibatnya, mereka
mudah terpedaya dengan ayat manis kasanova yang sentiasa mencari peluang
memerangkap gadis naif dalam laman sosial berkenaan hingga berakhir di bilik
tidur.
No comments:
Post a Comment