Sudah lama dan sudah
ramai yang memberikan bukti bahawa Hishamuddin Rais, anak kampung yang kononnya
pernah belajar di sekolah agama, sebenarnya penganut ajaran ATHEIS atau ajaran
yang tidak mempercayai Tuhan. Bagi Hishamuddin Rais, agama adalah racun kepada
manusia dan agama juga menghalang ketamadunan.
Bagaimanapun, ketika
PKR terdesak untuk cuba mendapatkan kerjasama dan kepercayaan daripada PAS,
Hishamuddin Rais cepat-cepat mengaku yang dia adalah seorang penganut agama
Islam. Malah, dia dengan bangganya memberitahu yang dia pergi bersembahyang
Jumaat bagi membenarkan dakwaannya bahawa dia adalah seorang Islam.Namun, sifat munafik
yang terkandung dalam diri Hishamuddin Rais terlalu menebal dan sukar dibuang.
Walaupun dia cuba berlakon, tetapi akhirnya kebenaran tersingkap juga. Secara
tidak sengaja barangkali, dia telah mendedahkan kepercayaannya kepada semua
pengkagumnya terutama sekali golongan muda yang turut mendokong fahaman
Liberalisme dan Pluralisme di negara ini.
Dalam Twitter
terbarunya, Hishamuddin Rais dengan sengaja cuba mencetuskan polemik baru yang
sebenarnya lebih bersifat kepada PENGHINAAN TERHADAP ISLAM apabila secara jahil
menyatakan ISLAM DICEDUK DAN DITIRU DARIPADA AGAMA HINDU. Bahkan Al Quran yang
merupakan kitab suci umat Islam pula diceduk daripada kitab Hindu yang tidak
pun dibaca oleh kebanyakan penganut Hindu di negara ini, VEDA.
Tentu sekali kaum
Hindu bertepuk tangan dan memuji-muji Hishamuddin Rais....
No comments:
Post a Comment