Peguam Anwar,Karpal Singh menyifatkan tindakan pendakwaraya mahu merayu keputusan mahkamah membebaskan Anwar Ibrahim sebagai tidak tepat.kenapa tidak tepat ??? hari tu kata suka sama suka ??? sekarang jawapan dah lain pulak ??? Karpal berkata,walaupun Peguam Negara Tan Sri Gani Patail berhak mengemukakan rayuan itu namun beliau harus mengambil kira kesan perbicaraan berkenaan keatas Anwar dan keluarganya.apa cerita pulak dengan keluarga saiful ??? ada anda fikir ???
Keputusan rayuan
sila baca sini
Kes Liwat II Anwar
Ibrahim yang kini berada di Mahkamah Rayuan terus berjalan tanpa penghujung
menghabiskan wang rakyat. Percubaan demi
percubaan terus dilakukan oleh para peguambela Anwar yang diketuai oleh Karpal Singh
untuk menangguh atau menggugurkan kes tersebut.
Namun sehingga ke hari ini masih lagi belum berjaya.
Antara hujah Karpal
Singh ialah bahawa Seksyen 376(3) dan Seksyen 379 Kanun Prosedur Jenayah adalah
undang-undang lapuk maka, beliau menuntut agar Datuk Seri Muhammad Shafee
Abdullah digugurkan dari mengetuai pendakwaan, sekali gus menggugurkan kes.
Nampaknya, demi
politik dan wang, Karpal Singh sanggup membawa hujah-hujah bodoh tanpa segan
silu.
Sedangkan kita
percaya, Karpal sebagai Ahli Parlimen dan juga peguam, sedia maklum bahawa
Undang-undang tidak akan termansuh sendiri tanpa diputuskan oleh parlimen.
Sesuatu undang-undang akan terus berkuatkuasa dan tidak ada istilah 'lapuk'
baginya.
Justeru, Hakim Datuk
Rohana Yusuf menolak hujah Karpal dan mengekalkan Muhammad Shafee sebagai
pendakwaraya.
Apa yang menarik di
sini bukanlah hakikat bahawa Karpal sanggup berpura-pura bodoh tetapi hakikat
bahawa beliau merujuk kepada Undang-undang mengharamkan liwat sebagai lapuk.
Tentu semua orang
masih ingat bagaimana Anwar turut membawa hujah yang sama dalam temubual dengan
Wall Street Journal di mana beliau menganggap bahawa undang-undang yang
berdasarkan AlQuran itu sebagai lapuk dan tidak boleh digunakan lagi.
Menurut Anwar,
seseorang itu mempunyai hak untuk mengamalkan seks mengikut nafsunya selagi ia
dilakukan secara tertutup.
Maka tidak hairanlah
apabila Anwar dan juga peguamnya tidak berusaha untuk menafikan yang liwat
berlaku tetapi memilih untuk membela diri dengan menggunakan hujah bahawa liwat
'sepatutnya' tidak salah jika dilakukan
secara tertutup. Ini kerana, yang
bersalah di sini ialah undang-undang Malaysia dan bukannya Anwar Ibrahim.
Dari sudut lain
pula, hujah Karpal dengan sendirinya membawa maksud bahawa Anwar telah
benar-benar meliwat Saiful. Noktah.
Semut Hitam
Semut Hitam
No comments:
Post a Comment