~ INI SUDAH LEBEH SAMPAI NAK MEMASANG MANGGA KAT
SELUAR TEMAN WANITA NAK ELAK KECURANGAN! SEKITAR TAHUN 70’AN SEORANG ADUN
PERNAH BUAT CADANGAN MACAM NI ~
Seorang lelaki di Mexico telah ditahan selepas
memaksa teman wanitanya memakai mangga yang diikat pada seluar jeans wanita
terbabit, bagi memastikan dia tidak curang.
Wanita itu yang berusia 25 tahun, dan tidak
didedahkan identitinya, telah membuat laporan polis selepas mengalami kesakitan
kerana tidak dapat ke tandas selama beberapa jam.
Menurut wanita itu, teman lelakinya yang berusia
40 tahun itu, telah melakukan perbuatan berkenaan sejak beberapa tahun lalu.
Dia bagaimanapun tidak berani menanggalkan mangga
berkenaan, kerana takutkan lelaki tersebut.
Susulan laporan itu, polis telah menahan lelaki
terbabit.
Namun mereka terkejut kerana wanita itu tidak
mahu teman lelakinya didakwa.
Lelaki itu hanya ditahan selama sehari dan dia
telah dibebaskan selepas menandatangani dokumen untuk tidak mengenakan mangga
itu lagi terhadap wanita tersebut.
Dalam pada itu, aktivis wanita, Araceli Gonzalez,
telah mengecam polis kerana gagal melindungi golongan wanita.
“Dia menjadi mangsa selama 12 tahun, namun polis
dan masyarakat tidak berbuat apa-apa.
“Kes ini dikendalikan tanpa mematuhi peraturan
dan tiada siapa pun yang bertindak terhadap keganasan ini,’’ katanya. (sumber)
No comments:
Post a Comment