PUTRAJAYA, 12 Okt (Bernama) -- Mayat seorang lelaki
ditemui terapung di tepi Tasik Putrajaya berhampiran Jambatan Seri Saujana, di
sini Sabtu.
Menurut seorang saksi, Muhammad Fadzlee Md Yatim, 21,
beliau sedang bersiar-siar di sekitar tasik itu dan terlihat satu objek
terapung pada kira-kira pukul 4.30 petang.
Katanya beliau terkejut apabila menyedari objek itu
sebenarnya merupakan mayat seorang lelaki yang berseluar biru gelap tanpa baju,
sebelum meminta rakannya menghubungi polis.
Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Abdul Razak Abdul Majid
ketika dihubungi mengesahkan mengenai penemuan mayat berkenaan.
Mayat dihantar ke Hospital Putrajaya untuk dibedah
siasat, katanya.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment