Petikan dari Blog Student Adelaide
Sambungan daripada
sini
http://alturkistani.blogspot.com.au/2013/10/ds-anwar-ibrahim-di-adelaide.html
Sebenarnya, aku memandang PKR dengan pandangan sebuah parti progresif yang terbuka, ilmiah dan intelektual. Tidak seperti parti-parti lain. Manakala, DSAI merupakan suara rakyat dan model masyarakat marhain dalam contoh sikap keterbukaan. Malangnya, alasan-alasan sampah daripada pihak AIC telah mengubah pandangan aku terhadap PKR.
DSAI merupakan
"ayatolla" usrah zaman 70an. Beliau merupakan pengasas ABIM. Karisma
beliau dan anugerah lidah daripada Allah menjadikan beliau seorang yang hebat
bila berpencak di atas pentas. Ketika beliau memilih untuk menyertai UMNO,
beliau pernah berdialog dengan TG Haji Hadi di USA. Hasilnya hampir separuh
pejuang-pejuang gerakan Islam mengikuti beliau bersama UMNO. Dari sudut
pandangan lain, DSAI berjaya menewaskan TG Haji Hadi.
Pengetahuan dan
penguasaan agama Islam DSAI juga tidak boleh dipandang rendah. Jika tidak, mana
mungkin beliau mampu memberi kuliah-kuliah agama dan menyampaikan khutbah
Jumaat. Bukankah DSAI akan menyampaikan khutbah di Masjid Wandana?
Sesiapa yang
mengenali aku pasti tahu aku jarang mengkritik PKR dan tidak pernah mengkritik
DSAI. Pada aku, kenangan bermandi hujan FRU tahun 1998 adalah kenangan yang
indah. Ketika itu, keADILan belum wujud, yang ada hanya Adil. Mungkin memoir
tersebut membuatkan aku lunak dengan PKR.
Oleh itu, aku mahu
menjawab jawapan-jawapan bacol budak-budak AIC. Aku tidak mahu menyebut nama
mereka. Aku hanya anggap mereka sudah menjadi sebuah "groupthink"
yang melakukan projek pembodohan terhadap rakyat.
Tajuk yang
dicadangkan sahabat aku, pemuda PKR, DSAI akan bawa.
1. Tajuk tersebut
adalah daripada porposal kami. Mereka yang ciplak dan alih bahasa saja.
2. Kalau ya pun
tajuk sama, kami boleh tukar tajuk lain. Apa masalah? Alasan ini sangat
dangkal.
UFB not on the same
par dengan DSAI dalam politik, dia bukan academician yang patut sentuh isu
tersebut
1. Sejak bila PKR
mengamalkan sistem kasta? Adakah semua perkara perlu dilihat kepada par
seseorang dalam politik apabila ingin sepentas dengan DSAI? Diulang sekali
lagi, wacana yang ingin dijalankan bukan wacana politk. Janganlah setiap
perkara hendak dinilai dengan politk.
2. Adakah hanya
politikus yang tua saja yang layak memberi pandangan? Pemikiran apakah ini?
Tajuk umum yang mampu diulas oleh sesiapa menurut sudut pandang masing-masing.
Apakah pemuda-pemuda PKR tidak meraikan kepelbagaian pandangan dan idea?
3. Adakah orang
agama tidak layak sepentas dengan DSAI hanya disebabkan dia UMNO? Adam Adli
boleh berkongsi pentas bas PKR dengan DSAI disebabkan dia membantah kerajaan?
Jika beginilah sikap asabiyah dan sekular yang ada dalam kepala orang
dikeliling DSAI, sudah pasti mereka juga akan jadi seperti dinosour-dinosur
UMNO suatu hari nanti.
4. UFB mempunya PhD.
DSAI ada PhD? UFB sudah melalui proses akademik untuk mendapat PhD dengan
kelulusan mumtaz (cemerlang). Adakah UFB tidak dipandang sebagai ahli akademik?
PhD beliau diselia dan disemak oleh ulamak-ulamak hadis di Malaysia dan di
tanah arab.
5. Mungkin
budakbudak PKR terlupa atau tidak tahu dengan kisah Usamah bin Zaid ra. yang
masih muda dan tak sama par dengan ahlul Badar diarahkan untuk memimpin
sahabat-sahabat rhum yang lebih senior untuk pergi berperang. Ini dalam hal
memimpin. Kami cuma mahukan UFB dan DSAI sepentas berkongsi idea dan pandangan.
Apa masalah?
6. Mungkin juga
budak-budak AIC tidak pernah tahu perihal al-Imam as-Syafie rah. dibenarkan
memberi fatwa seawal usia 14tahun. Ini hal memberi fatwa yang menentukan halal
dan haram dalam urusan syurga neraka. Apa besar sangan par DSAI dengan UFB nak
banding dengan par Imam as-Syafie rah. ketika 14 tahun ?
7. Apakah kelayakan
DSAI memberi khutbah pula? Sedang di hadapan yang mendengarnya mereka yang
punya kelulusan dalam bidang agama. Jika par itu menjadi ukuran, budak-budak
AIC patut bantah kerana par DSAI tidak layak di situ. Layaknya beliau hanya di
pentas-pentas bahasa dan politik sahaja.
UFB layak berdebat
dengan DrMAZA
1. DrMAZA orang PKR
ke? DrMAZA datang ke Adelaide? Di mana orang PKR? Kenapa perlu
"passing" kepada orang lain? Boleh calonkan siapa budak PKR yang
berani sepentas dengan UFB? Inilah bukti budak-budak AIC pun cuak dengan UFB
barangkali. Jangan buat-buat lupa DrMAZA pernah meminta DSAI bersara dari
politik dan beliau masih tidak menarik kembali pandangan beliau.
2. Sikap
"divert" ini adalah sikap manusia bacol. Sudah jelas budak-budak AIC
juga berfikir karisma DSAI akan tercabar jika sepentas dengan UFB. Kehebatan
DSAI akan tergugat bila berkongsi idea dengan UFB. Amat memalukan apabila AIC
sendiri tidak yakin dengan kehebatan DSAI.
Kesimpulan
Kesimpulannya mudah,
barangkali DSAI hanya berani cabar manusia yang tidak petah berbicara, tidak
pandai berdebat dan tidak tuntas bermain kata. Bila ingin dipentaskan sekali
dengan manusia yang ada kelebihan sama seperti DSAI untuk tajuk yang neutral,
pelbagai alasan-alasan sampah dikeluarkan.
Orang muda dan
masyarakat pintar percaya kepada kepelbagaian idea dan pandangan dapat memberi
impak yang besar kepada diri mereka. Kami boleh menilai dan memilih yang
terbaik. Kami juga mampu menggabung dan mengharmonikan pelbagai pandangan dan
idea.
Kepada AIC dan orang
di pejabat DSAI, tolong jadi matang dan terbuka. Projek pembodohan kalian
menyebabkan aku melihat agenda PKR hanyalah lakonan, retorik dan cakap tak
serupa bikin. Tiada beza pola pemikiran kalian dengan UMNO. Bezanya, kalian
belum dapat kuasa lagi.
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment