Polis menembak mati tiga penjenayah yang cuba
melarikan diri selepas merompak kedai emas di Meru Raya, Jelapang tengah hari
tadi.
Tiga perompak terbabit ditembak mati dihadapan
Tanah Perkuburan Islam Meru Raya setelah cubaan mereka melarikan diri dapat
disekat polis.
Dipercayai seorang penjenayah berjaya meloloskan
diri dengan kenderaan jenis Proton Waja yang digunakan untuk merompak manakala
tiga yang lain mati ditempat kejadian.
Polis sedang giat memburu seorang lagi penjenayah
yang terbabit.
Difahamkan penjenayah tersebut merompak sebuah
kedai emas di hadapan Mydin jelapang kira-kira pukul 10.40 pagi tadi sebelum
berjaya ditembak 2 kilometer daripada kedai yang dirompak.
Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Param akan
mengadakan sidang akhbar berhubung kejadian tersebut pada pukul 4 petang ini.
No comments:
Post a Comment