Wednesday, October 9, 2013

“Tembak Dulu” – Apa Yang DAP Tidak Mahu Rakyat Tahu?

DAPunderworld

BAGAI nak pecah dunia ni dibuat DAP, bila tersebar rakaman kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi dalam satu majlis kempen pemilihan UMNO di Melaka.

Zahid dalam rakaman tersebut dipetik sebagai berkata ”Kalau ada bukti, tembak dulu” semasa mengulas tentang gangsterisme dan Ops Cantas Khas.

Terang-terang sebut tu “kalau ada bukti”.  Dan tembak tu, boleh jadi tembak ke udara dulu (tembakan amaran), tak semestinya tembak terus kepada gangster berkenaan – anyway, kalau tembak terus pun apa masalahnya, gangster pun, orang jahat. 

Rakyat pasti sokong kalau polis ambil tindakan begitu.

Persoalan yang patut kita tanyakan sekarang ialah, apa yang DAP kecoh dan bela sangat gangster ni?  Hak asasi manusia ke atau politik atau nak bela penjenayah?

Cerita hak asasi manusia ni apa kaitan dengan penjenayah?  Manusiakah penjenayah bila dia tembak mati orang yang dalam kereta, tengah makan dan sebagainya?  Sebab itulah hari ini di mana-mana negara pun, hak asasi manusia sudah jatuh nombor dua, keselamatan jadi nombor satu. 

Buktinya, baru-baru ini Amerika Syarikat hantar komando elit SEAL menceroboh Libya dan tangkap ketua militan As-Shehab kerana dakwaan melakukan keganasan di Kenya!!

Tengok tu, keganasan dilakukan di tempat lain, tangkap yang bertanggungjawab di negara lain, oleh sebuah negara yang lain juga - boleh je langgar.

Kalau ikut hak asasi manusia, apa pulak  hak Amerika ceroboh masuk negara orang lain macam itu mengguna pakai undang-undang negara dia?  Justifikasi Amerika mudah saja, ini soal keselamatanlah, Libya taknak bertindak, dia bertindak dulu.

Itu Amerika, negara yang dijadikan simbol hak asasi manusia paling baik di dunia.  Pertubuhan hak asasi manusia mana yang berani pertikai Amerika dalam hal ini?

Takdak, sebab orang terima hakikat soal keselamatan dan melindungi rakyat dari keganasan ini adalah perkara utama.

Samalah macam keadaan sekarang bila Zahid keluar kenyataan macam itu.  Itu sebetulnya nak menunjukkan ketegasan pihak berkuasa dalam menangani keganasan oleh gangster ini, cara beliau menyebutkan itu sahaja yang diputar belitkan DAP.

Jadi bila rakyat tengok DAP bersungguh-sungguh benar marah Zahid sebab keluar kenyataan itu, semua kita jadi pelik.  Bukan Zahid tujukan ayat tersebut pada Imam ke, Pak Haji ke, Sami Buddha ke atau orang-orang baik yang lain, tapi pada gangster, lantaklah.

Apa motif DAP buat macam itu yang kita nak tanyakan sangat ni.  Panas ke?

Lagipun hubung kait DAP dengan kumpulan gangster ini bukan cerita baru, cerita lama, lama sebelum Ops Cantas Khas ini dijalankan. Malah ada seorang bekas Exco Selangor digugurkan dari bertanding dalam PRU13 yang lepas kerana dakwaan kaitannya dengan kumpulan gangster tertentu.

Siapa bekas Exco itu, sendiri agaklah, tapi sebab ’jasa’ dia, rumah urut (sebut maksiat) bersepah di Selangor sekarang.  Cendawan tumbuh lepas hujan pun tak sebanyak rumah urut di Selangor!!

Satu hal lain yang tidak kurang penting, polis tertakluk kepada undang-undang dan SOP (Standard Operating Procedure), bukan pada apa yang Menteri cakap semasa berkempen untuk jawatan Naib Presiden UMNO.

Dua cerita yang berbeza tu.  Apatah lagi ikut sistem di Malaysia, Menteri bukan punya autonomi atas Kementerian yang diketuainya, beliau masih tertakluk kepada keputusan kabinet.

Contohnya, Datuk Seri Idris Jusoh pernah cakap nak blacklist kan peminjam PTPTN yang engkar bayar hutang, tapi bila kabinet tak setuju, maka keputusan kabinet terpakai.

Bukan cakap Idris.

Samalah dalam kes ini, apa Zahid cakap sekalipun mesti selari dengan pendirian rasmi kerajaan, baru boleh dijadikan isu.  Kalau tidak selari, itu maksudnya kenyataan beliau telah dipetik diluar konteks dan diperbesar-besarkan secara sengaja.

Pendek kata, perkara itu tidak ada isu, tapi sengaja dijadikan isu kerana pembangkang sudah panas sejak Ops Cantas Khas dijalankan oleh pihak polis.  Kenapa pulak pembangkang yang panas, inilah yang kita semua patut tuntut jawapan dari pihak pembangkang.

Baca seterusnya : di sini 


No comments:

Post a Comment