Info dari Shah Alam Revels | Selepas mendapat
maklumat, penulis segera menuju ke Regency Hill Resort yang terletak di puncak
Gunung Jerai. Menurut sumber, satu mesyuarat sulit di antara pemimpin Pas dan
SUHAKAM akan berlangsung di sana.
Ternyata berita itu
benar, sebaik tiba di sana, penulis melihat beberapa pemimpin Pas sedang daftar
masuk ke bilik penginapan masing-masing. Sebahagian besarnya penulis tidak
kenal, namun pasti mereka adalah orang-orang penting di dalam parti itu.
Turut kelihatan
adalah seorang penulis novel terkenal, Syed Hussein al-Atass atau lebih
dikenali sebagai 'Pak Habib'. Namun penulis tidak pasti sama ada Pak Habib
antara individu yang dijemput SUHAKAM menghadiri mesyuarat itu kerana beliau
dilihat sendirian.
Dengan lokasi yang
strategik dan jauh dari orang ramai memungkinkan mesyuarat itu sangat penting
dan ada kaitan dengan pilihanraya kecil yang sedang berlangsung.
Soalnya, apakah
peranan SUHAKAM dalam pilihanraya kecil di Sungai Limau? Adakah mereka
bertindak sebagai penasihat dan membantu Pas mengatur strategi bagi memastikan
kemenangan Pas di kawasan ini?
Ataupun, mereka
turut menyalurkan dana untuk kempen pilihanraya Pas memandangkan semua unit
penginapan di tempah atas nama SUHAKAM? Difahamkan terdapat 24 unit penginapan
dengan harga sewa RM420 semalaman. Jadi, SUHAKAM telah membelajakan sebanyak
RM10,080 hanya untuk menyewa kesemua unit-unit itu.
Jika benar, terbukti
bahawa SUHAKAM adalah proksi kepada parti pembangkang. Dan penulis percaya,
SUHAKAM adalah antara entiti yang diwujudkan berpaksi kepada parti pembangkang.
SUHAKAM bukan
diwujudkan untuk membela hak asasi manusia ataupun rakyat. Sebaliknya
diwujudkan untuk merealisasikan agenda-agenda jahat pembangkang berjaya.
No comments:
Post a Comment