Kejayaan terbaharu
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan enam penjenayah berbahaya yang
ditembak mati dalam tempoh 48 jam.
Polis juga berjaya
menemukan tujuh dulang barang kemas bernilai lebih RM1.8 juta yang dilarikan
penjenayah tersebut dari sebuah kedai emas berhampiran Pasar Raya Besar Mydin
Meru Raya.
Dalam kejadian
kira-kira pukul 11.10 pagi itu, tiga penjenayah tersebut tumpas selepas
berbalas tembakan dengan pasukan polis manakala seorang lagi sempat meloloskan
diri ke dalam kawasan ladang kelapa sawit berhampiran.
Ketua Polis Perak,
Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kira-kira 15 minit sebelum kejadian
itu, empat penjenayah berkenaan merompak kedai emas di bandar Meru Raya.
Sebaik mendapat
maklumat pihak polis melancarkan gerakan memburu. "Semasa cuba menahan
kereta tersebut di bulatan Meru Raya, suspek melepaskan beberapa das tembakan
ke arah kereta polis dan terus memecut laju sebelum terbabas di persimpangan
lampu isyarat di simpang tiga Meru Raya.
"Seorang suspek
keluar dari kereta lalu melepaskan beberapa das tembakan ke arah pasukan polis
yang kemudian membalas tembakan dan berjaya menumpaskan tiga penjenayah
manakala seorang lagi melarikan diri ke dalam kebun kelapa sawit," katanya
dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Acryl Sani berkata,
polis percaya penjenayah yang masih bebas itu tidak dapat lari jauh dan akan
ditangkap dalam tempoh terdekat kerana dipercayai mengalami kecederaan di
bahagian kaki sama ada akibat ditembak atau terseliuh semasa cuba melarikan
diri.
"Polis telah
mengepung kawasan tersebut dan memanggil Pasukan Gerakan Am untuk menjejaki
penjenayah yang lolos itu. Orang ramai atau pengamal perubatan yang mendapati
mana-mana lelaki berketurunan India cedera akibat tembakan diminta menghubungi
balai polis berhampiran," katanya.
Menurut beliau,
hasil pemeriksaan yang dijalankan dalam kereta dinaiki penjenayah terbabit,
polis menemukan sepucuk pistol jenama Star jenis Caliber 7.2mm, dua telefon
bimbit, sebilah parang, dua topeng ski, tiga butir peluru .32mm, dua kelongsong
peluru .32mm dan tujuh dulang barang kemas.
"Semasa
menjejaki suspek yang melarikan diri, polis juga menemui sepucuk pistol jenis
Smith & Wesson bersama tiga butir peluru Caliber 9mm di dalam kebun kelapa
sawit tersebut yang dipercayai tercicir daripada suspek yang masih bebas,"
katanya.
Katanya, kenderaan
dinaiki penjenayah berkenaan didapati menggunakan nombor pendaftaran palsu dan
dilaporkan hilang di Bayan Baru, Pulau Pinang pada 3 Oktober lalu.
Beliau turut
mengucapkan syabas kepada pasukan polis atas kejayaan terbaharu itu selepas
berjaya menembak mati tiga penjenayah di pekan Gerik pada 2 Oktober lalu.
No comments:
Post a Comment