Friday, October 25, 2013

Yuktes Vijay Akan Debat Dengan Ambiga



YUKTES-VIJAY-DAN-AMBIGA 

AIDCNews – 25/10/13 – Datuk Ambiga Sreevanasan, Pengerusi Bersama BERSIH dan Yuktes Vijay, bekas pembantu peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan debat dalam masa terdekat berkenaan dakwaan penipuan Pilihanraya Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13).



Debat itu dijangka akan diadakan pada 16 November yang difahamkan telah dipersetujui oleh Ambiga dan Yuktes dalam tweet mereka.



Yuktes sebelum ini begitu aktif mengkritik Ambiga dalam twitter dan melabelkan ‘penemuan Tribunal Rakyat’ yang penipu dengan merujuk tribul anjuran Pengerusi BERSIH itu.



Pada 11 Oktober lalu, Yuktes telah cuba mengadakan sebuah forum untuk mendedahkan penipuan yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat (PR) pada PRU 13, namun forum itu telah diganggu oleh samseng-samseng ‘upahan’ Ketua Umum PKR.



“Mereka yang diupah untuk ganggu forum itu adalah ‘pegawai-pegawai khas’ Anwar Ibrahim,” kata sumber.



Yuktes kemudiannya menghantar e-mel kepada Anwar untuk mendapatkan penjelasan, namun seperti yang dijangka, Ketua Pembangkang itu berdiam diri tanpa sebarang reaksi.



“Sehingga sekarang, Anwar gagal menjawab e-mel saya, “kata Yukets kepada FMT.



Selepas itu Yuktes menghantar tweet kepada Ambiga mencabar beliau untuk berbahas, Ambiga bersetuju dan menamakan seorang peguam bernama Macfaisal sebagai moderator.



Macfaisal kemudiannya menulis tweet mencadangkan 16 November sebagai tarikh perdebatan, Ambiga dan Yuktes bersetuju dengan tarikh cadangan itu.

No comments:

Post a Comment