Saturday, October 5, 2013

Zahid vs Mkini: Ingat “U Ulang I Saman”? Untung Tak Kena Macam Itu

zahidvsmkini


RATA-RATA blogger pembangkang mengutuk bagaimana nak rak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi kerana ’layanan’nya terhadap media pro pembangkang, Malaysiakini.  Sikap Zahid ini memang tidak sukar dijangka kerana portal berita tersebut karat DAP dari puncak sampai ke akar.

Sekarang ini jangan persoal Zahid sombong atau tidak, sekurang-kurangnya beliau jujur, bukan macam DAP, cakap dan tulis dalam perlembagaan pasal kebebasan media, tapi wartawan Utusan, TV3 dan NST pernah dihalau dari menghadiri sidang DUN di negeri yang dia perintah, Pulau Pinang.



Atau apa-apa sidang media Guan Eng for that matter.

Malah di pejabat PKR, terang-terang ditulis Utusan dan TV3 tidak dibenarkan masuk. Walhal Anwar bukan main lagi cakap besar soal kebebasan media dan apa jadah yang kononnya tidak berlaku di bawah pemerintahan BN.

Kebebasan media ketiak dia!!




Yang penting, siapa pun panas hati kalau kita cakap lain tulis lain, dan portal provokasi politik macam Malaysiakini patut sedar itu.  Ingat, buruk-buruk yang dikata orang tentang kebebasan media di Malaysia ini, portal tersebut yang dulu beroperasi dalam keadaan serba daif, pejabat pun di tingkat 2 sebuah rumah kedai di Kuala Lumpur, sudah berkembang dengan begitu pesat sekarang.

Terima kasih kepada dana yahudi yang ada saham dalam syarikat tersebut, serta sumbangan asing yang diuruskan oleh Anwar Ibrahim dari NED dan sebagainya.  Tapi pointnya disitu, perkembangan Malaysiakini tidak dihalang kerajaan, malah masa perhimpunan agung UMNO pun, portal tersebut ada tempat - bersila di atas lantai.
Padanlah, buat fitnah, spin tak habis-habis, memang layak duduk atas lantai saja, nampak lembu sikit, tertonggeng-tonggeng masa menulis berita.

Betul tak faham.

Kononnya tiada bukti wartawan berkenaan pernah tulis, kutuk UMNO!! Eh ini bukan soal UMNO saja, soal melayu, soal sultan, soal Islam, soal kerajaan dan sebagainya. Boleh confirm ke wartawan berkenaan tidak pernah mengutuk mana satu yang disebutkan itu?

Orang kampung tak terpengaruhlah, tapi orang bandar memang pagi-pagi bangun, itulah nombor satu yang dibacanya dulu, waima di kalangan orang UMNO sekalipun. Itu yang cuba tunjuk macam fair lah kononnya, walhal tak perasan diri tu sedang dipengaruhi Malaysiakini secara tak sedar.

Oh ya, Zahid kira elok, Anwar pernah layan wartawan lagi teruk dari itu, nak tanya soalan pun tak boleh, nanti dia nak saman, apa balaci sekelian tidak komplen?

Tak ingat, tengok sini. 


Baca seterusnya : di sini



No comments:

Post a Comment