Friday, November 29, 2013

Agenda besar DAP terhadap Institusi Islam Sarawak?

DAP terus melancarkan provokasi terhadap beberapa institusi Islam di Sarawak kerana tidak tunduk kepada gesaan serta kecaman mereka selama ini. DAP mahu Tabung Baitulmal, JAIS dan Mufti Sarawak melaporkan setiap urusan kepada mereka secara terperinci.


DAP mahu wang zakat masyarakat Islam Sarawak turut berada dalam pemantauan mereka. Seolah tanpa restu dari DAP, institusi Islam Sarawak akan terus jadi sasaran kecaman serta persendaan DAP.



Malah YB Chong cuba berceramah dihadapan para pemimpin islam dalam persidangan DUN Sarawak, apakah DAP merasakan mereka lebih arif tentang islam berbanding orang islam itu sendiri?

Berbagai kenyataan provokasi sengaja dibuat oleh pemimpin DAP Chong Chien Jen sewaktu persidangan DUN Sarawak beberapa hari lalu.
Namun yang lebih penting, apakah sebenarnya agenda DAP disebalik semua itu?

Jika berdasarkan kenyatan pemimpin kanan DAP di Semenanjung sebelum ini, jelas sekali DAP mempunyai agenda yang lebih besar terhadap agama Islam sebagai agama rasmi di negara ini. Maka tidak hairan apa yang DAP Sarawak lakukan sekarang ini adalah berlandaskan agenda yang sama.
YB Teresa Kok dari parti DAP dalam keterangannya di Mahkamah Jalan Duta menyatakan bahawa beliau tidak setuju Islam sebagai agama Rasmi Persekutuan. Jawapan Teresa Kok ini terpancul setelah diajukan soalan daripada pihak peguam Dato Zaini dalam kes saman Teresa Kok ke atas Dato Zaini ekoran artikel cuit cuit Dato Zaini pada tahun 2010. KLIK
Ketika Tan Sri Muhyiddin mengingatkan umat Islam tentang wujudnya tindakan yang sengaja untuk menghina dan memperlekehkan agama Islam, meskipun Tan Sri Muhyiddin tidak menyebut mana-mana pihak. Namun yang bingkas membidas dan 'terasa' dengan kenyataan itu adalah pemimpin DAP Lim Kit Siang. KLIK

Dari kenyataan diatas, jelas sekali DAP sedang berusaha keras mencetus provokasi agama terhadap umat Islam secara keseluruhannya.

Wajarkah pemimpin serta institusi islam di Sarawak tunduk kepada agenda DAP, sehingga maruah agama islam diperlekeh seperti itu? Sepatutnya masyarakat islam di Sarawak perlu bangkit bertindak terhadap kebiadaban DAP.



No comments:

Post a Comment