Friday, November 29, 2013

Alif Zai Min Ya Nun : Sarkas! | Faekah gelar MB Khalid tadbir pusat "Sarkas"

IMG-20131129-WA0005


Nampaknya, Khalid Ibrahim kini menunjukkan “kukunya” setelah selama ini dibayangi oleh Penasihat Ekonomi Selangor dan Azmin Ali.

Bukahlah satu rahsia, apabila ramai penyokong PAS dan PKR sering bercerita sesama sendiri, tentang Azmin yang tinggi nafsunya untuk menerajui tahkta pentadbiran negeri Selangor meskipun sering dinafikan oleh kebanyakkan pemimpin mereka.

Suara lantang barisan ahli parlimen pembangkang tentang gaji menteri yang perlu dipotong atas dasar tuduhan kemelaratan rakyat tidak pernah lekang pada setiap kali parlimen bersidang.

Alasan seperti memuncaknya kos sara hidup rakyat, menjadi modal utama desakan pemotongan gaji Menteri.

Tiba-tiba, Khalid dan DUN Selangor yang dikuasai oleh parti yang sama dengan Azmin Ali, Rafizi Ramli dan Anwar Ibrahim itu bertindak songsang apabila meluluskan kenaikan elaun ADUN Selangor.

Secara automatik, Anwar dan kuncunya tidak lagi mampu menggunakan isu yang sama untuk kononnya prihatin kepada rakyat. Tiada istilah pejuang rakyat, kerana waima hanya di Selangor sahaja, mereka gagal untuk melestarikan keikhlasan mereka terhadap rakyat.

Azmin tidak bersetuju dengan kenaikan elaun berkenaan. Tetapi Khalid Ibrahim telah menjawabnya dengan bersahaja ” Sedekahlah duit itu kalau tidak mahu”.

Azmin ditempelak persis si sarkas. Seumur hidup Azmin, tidak pernah dia diperlakukan sedemikian rupa.  Pada sidang DUN Selangor hari ini, apabila dikerumuni wartawan yang bertanya tentang isu kenaikan gaji ADUN Selangor, Azmin enggan mengulas.

Peluang ini diambil oleh “leftenan-leftenan kanan” Khalid Ibrahim turut serta dalam misi memperbudakkan Ahli Parlimen Gombak merangkap ADUN Bukit Antarabangsa itu.

Faekah mengambil peluang ini untuk tampil gagah. Berbalas tweet dengan Arfa Aziz, setiausaha media menteri besar, Faekah melepaskan segala yang dipendamnya seperti ayat dibawah..

Alif Zai Min Ya Nun : Sarkas!!!  


mykmu

1 comment:

  1. Klu pentadbiran Khalid tu pentadbiran sarkas, parti yang diwakili khalid pun parti sarkas la...huuu..tak gitu...hahahaha..holaaaa!!!!

    ReplyDelete