Siapa
Dr. Jamaluddin Ahmad?
|
Siapa
Dr. Jamaluddin Ahmad? Lelaki ini mendakwa dirinya ialah
pensyarah baharu Fakulti Pendidikan, UiTM Shah Alam. Namun
berdasarkan maklumat yang diterima, nama ini tidak wujud dalam
daftar senarai pensyarah di UiTM khususnya di Fakulti Pendidikan
UiTM Kampus Shah Alam.
Justeru
secara peribadi, SB lebih suka menggunakan label lelaki palsu
sahaja. Baru-baru ini lelaki ini telah mengirim (?) sebuah artikel
kepada portal berita propembangkang, The
Malaysian Insider
yang menyentuh isu pilihan raya kampus (PRK) di UiTM |SINI|.
Lelaki ini mendakwa ‘ada sesuatu yang tidak kena’ berkaitan
sistem yang digunapakai oleh pihak HEP universiti tersebut dalam
menguruskan pilihan raya kampus.
Dalam
artikel tersebut dia mendakwa didatangi seorang pelajar yang ingin
bertanding dalam pilihan raya kampus dan meminta bantuannya supaya
menyeru para pelajar turun mengundi. Namun pada masa yang sama,
lelaki ini juga seolah-olah menyokong kempen boikot PRK yang
dilancarkan oleh Khalid Ismath melalui Kelab Sosialis UiTM
iaitu sebuah kelab haram yang ditubuhkan sekitar bulan Ogos yang
lalu.
Alasan
yang digunakan bagi menyokong kempen ini pula hanya berdasarkan
pembacaan beliau mengenai kempen tersebut. Sejak seminggu yang lalu,
Kelab Sosialis UiTM telah melancarkan pelbagai fitnah ke atas pihak
pentadbiran kononnya menyembunyikan tarikh-tarikh penting dalam
pilihan raya kampus sekaligus menghalang peluang mereka untuk
bertanding secara sihat. Justeru mereka nekad melancarkan kempen
boikot PRK UiTM.
Jika
benar lelaki ini pensyarah UiTM, dia sepatutnya berusaha mencari
kesahihah terhadap kekeliruan ini, bukannya membuat kenyataan secara
terbuka yang hanya menzahirkan lebih banyak persoalan dan persepsi
negatif terhadap tempat dia mencari sesuap nasi.
Pihak
pentadbiran UiTM juga menafikan tuduhan Kelab Sosialis tersebut.
Selain menguar-uarkan tarikh-tarikh penting berkaitan pilihan raya
kampus, pihak pentadbiran juga terikat dengan peruntukan-peruntukan
perundangan yang sedia termaktub dalam Akta UiTM 174 dan
perkara-perkara dasar berkaitan Pemilihan Jawatankuasa Perwakilan
Pelajar (JPP) atau lebih dikenali umum sebagai MPP. Justeru amat
mustahil sekiranya tarikh-tarikh penting tersebut hendak
disembunyikan seperti yang didakwa oleh Kelab Sosialis UiTM pimpinan
Khalid Ismath.
Kepada
Dr. Jamaluddin Ahmad, ingatlah anda juga terikat kepada perundangan.
SB difahamkan pihak pentadbiran UiTM sedang menimbangkan
tindakan-tindakan yang boleh diambil ke atas anda kerana menggunakan
identiti palsu dan The Malaysian Insider sendiri yang
menyiarkan artikel tersebut.
No comments:
Post a Comment