Kerajaan
Selangor menjadi sasaran kritikan hebat media apabila gaji menteri
besar, speaker, timbalan speaker dan Exco dinaikan pada tahap yang
cukup tinggi dan mengalahkan gaji perdana menteri dan timbalan
perdana menteri.
Selepas menerima kecaman yang hebat, media
pembangkang rupa-rupanya sudah menyediakan jawapan balas. Jawapan
mereka ialah kenaikan gaji ketua menteri dan seluruh kabinet di
Sarawak. Ia sebagai alasan menghalalkan kenaikan untuk pegawai
eksekutif kerajaan negeri di Selangor.
Oleh itu, ramai
pengamal media mula menyalahkan kerajaan Sarawak yang menjadi punca
atau petunjuk kepada kenaikan gaji melampau di Selangor.
Okaylah
mari lihat ini perbezaan Selangor dengan Sarawak.
Selangor
ialah sebuah negeri bersultan di dalam semenanjung dengan keluasan 8
ribu kilometer persegi atau 2.4 % daripada keluasan Malaysia manakala
Sarawak keluasannya ialah 124 ribu kilometer persegi atau 38%
keluasan dan merupakan negeri terbesar dalam Malaysia. Dari
segi saiz negeri pun Selangor sudah kalah.
Dari sudut
perkapita KDNK dan perolehan ekonomi, Selangor lebih kehadapan
berbanding Sarawak. ianya kerana Selangor maju dalam
pembangunan industri, itupun adalah hasil usaha kerajaan Barisan
Nasional bukannya kerajaan yang ada sekarang. Namun daripada sebuah negeri termaju sekarang sudah jatuh ke tahap ketiga selepas Melaka
Satu perkara
yang harus diingat ialah Sarawak mempunyai barisan "kabinet" sendiri
tidak seperti Selangor yang hanya ada exco sahaja.
Apa perlu
difahami ialah Sarawak mempunyai hak eksklusif dalam pentadbiran
negeri, ia termaktub dalam 20 perkara syarat dalam penyertaan Sarawak
ke dalam Malaysia.
Jadi memandangkan dari segi keluasan dan
kos pengangkutan dalam negeri Sarawak maka Selangor tidak boleh
membandingkan gaji eksekutif mereka dengan Sarawak.
Hari ini
media pembangkang tak habis-habis merujuk kepada gaji kerajaan
Sarawak bagi menghalalkan kenaikan di Selangor
Perkara lain
yang menjadi mainan pembangkang ialah isu Ustaz Kazim. Semalam
Perdana Menteri telah mengumumkan 9 nama baru yang dilantik sebagai
MT lantikan dalam Umno dan salah satu nama ialah Ustaz Kazim Elias
dari Batu Kurau Perak atau (Tukurooomali). Pelbagai tuduhan dan
cemuhan dilemparkan terutama oleh media Pas terhadap pelantikan
beliau.
Apakah bodoh media Pas yang dengki khianat dengan
pelantikan Kazim? Pas ada ramai ustaz seperti Ustaz Azhar Idrus,
Ustaz Hazlin Bollywood dan ramai lagi, kenapa Pas tidak melantik
mereka sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi Pas atau lantik ke Majlis
Syura atau Ulamak Pas?
Ini lah perangai buruk Pas yang tak
boleh lihat orang lain buat kerja betul.
No comments:
Post a Comment