Berikut
adalah kenyataan yang ahli parlimen DAP Kluang yang disiarkan
Malaysiakini,
DAP: Hukuman mati S'pura diringankan, M'sia bila lagi?
Malaysia perlu menyaingi Singapura dan mengakui bahawa hukuman mati mandatori untuk penyeludupan dadah amat kejam, menjatuhkan maruah dan tidak berperikemanusiaan, kata Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong.
Beliau memuji keputusan Mahkamah Tinggi Singapura semalam yang jarang berlaku kerana menggantikan kehidupan anak jati Sabah Yong Vui Kong selepas pindaan diluluskan November lalu, turut berharap Malaysia melakukan perkara yang sama kepada 964 pesalah yang berdepan hukuman mati.
"Saya menyeru kerajaan Malaysia untuk mencontohi Singapura dan meminda undang-undang membolehkan hukuman mengikut budi bicara dalam kes-kes hukuman mati mandatori dengan tujuan jangka panjang untuk menghapuskan hukuman mati, " kata Liew DAP dalam satu kenyataan.
Yong Vui Kong yang berusia 25 tahun, sebelum ini bertindak sebagai keldai dadah dari Malaysia ke Singapura, hanya menerima hukuman penjara seumur hidup dan 15 kali sebatan. Kini layak memohon parol pada tahun 2027, setelah berkhidmat 20 tahun di dalam penjara.
Apa
punya bangang ni ? Barua DAP ni baru duduk Malaysia hari ini ke ?
Orang yang bodoh macam ni pun boleh jadi ahli parlimen. Yang bercakap
bodoh....media yang menyiarkan lagi bodoh. Babi pun tidak sebodoh
mereka.
Di
Malaysia dan berpuluh orang yang mahkamah lepaskan dari hukuman mati
kerana kes dadah. Lain kali periksa fakta dulu sebelum bercakap wahai
si bodoh....
Berita
1
Menangis terlepas tali gantung
ALOR SETAR - Seorang penternak lembu bersyukur tidak terkira apabila berpeluang menyambut Aidiladha bersama keluarganya pada kali ini selepas dua tahun terpaksa beraya di penjara apabila dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini daripada tuduhan memiliki dadah semalam.
Ahmad Fadzil Hamzah, 34, hanya mampu menekup muka dan menangis kegembiraan sebaik Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd. Zaki Abdul Wahab membebaskannya daripada tuduhan mengedar ganja, heroin dan morfin pada 5 Ogos 2011.
Bapa kepada dua anak itu kemudian memeluk ibunya, Siti Doyah Ahmad, 65, yang turut mengalirkan air mata sebaik prosiding mahkamah selesai.
Berita
2
Pemilik restoran terlepas hukuman matiPUTRAJAYA 1 Mac - Seorang pemilik restoran terlepas daripada hukuman mati di tali gantung hari ini setelah Mahkamah Rayuan di sini membenarkan rayuannya dengan menggantikan hukuman penjara 15 tahun atas kesalahan memiliki dadah.
Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Richard Malanjum yang mengetuai panel tiga hakim bersama Datuk Hashim Mohamed Yusof dan Datuk S. Augustine Paul memutuskan Cheah Yoon Lim bersalah memiliki dadah dan dihukum penjara 15 tahun serta sebatan 10 kali.
Dengan keputusan itu, bermakna Yoon Lim terpaksa menjalani hukuman penjara untuk tempoh empat tahun lagi kerana dia telah ditahan enam tahun lalu, iaitu dari tarikh dia ditangkap pada 30 Oktober 1998.
Berita
3
Tiga termasuk dua wanita terlepas tali gantung
KUANTAN: Kehadiran Aidilfitri kali ini mungkin adalah yang paling bererti buat seorang kerani firma guaman dan dua wanita apabila terlepas daripada hukuman gantung setelah Mahkamah Tinggi di sini melepaskan dan membebaskan mereka daripada tuduhan mengedar kanabis, dua tahun lalu.
Keputusan penghakiman yang dibacakan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mariana Yahya itu disambut dengan linangan air mata oleh Syed Abdul Halim Syed Samaldin, 42, Rozana Ayob, 37, dan Noor Farahana Md Radzi, 20.
Keputusan itu turut disambut dengan linangan air mata dan katakata kesyukuran oleh beberapa anggota keluarga tertuduh yang turut berada di galeri awam mahkamah.
Berita
4
Warga Nigeria terlepas tali gantung, dipenjara sembilan tahun dan 10 sebatan
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun dan 10 sebatan ke atas seorang penjual alat ganti kenderaan warga Nigeria atas kesalahan memiliki 2.5 kg syabu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang tahun lalu.
Hakim Datuk Abdul Rahim Uda menjatuhkan hukuman itu di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan menetapkan hukuman penjara bermula dari tarikh tertuduh ditangkap selepas Blessings Akanor, 48, mengaku salah di atas pertuduhan pilihan yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan pada hari ini.
Lelaki itu dituduh memiliki dadah itu di kawasan tuntutan bagasi di KLIA pada jam 4 petang, 6 Julai 2011.
Cuba
anda semak kat google, berpuluh lagi kes lain yang akan keluar yang
mahkamah di negara kita meringankan hukuman dari hukuman gantung ke
hukuman penjara berhubung kes dadah.
Apa
punya bodoh...dia boleh tanya bila Malaysia nak ikut Singapura ?
Itulah kelas pemimpin-pemimpin pembangkang. Ulang sekali lagi...babi
pun tak sebodoh itu...
No comments:
Post a Comment