Wednesday, November 27, 2013

BERAS OH BERNAS

http://www.freemalaysiatoday.com/category/business/2013/06/26/business-as-usual-at-bernas-despite-delay-in-going-private/attachment/bernas/ 

Padiberas Nasional Berhad (MYX: BERNAS) telah diswastakan pada Januari 1996 dan mengambilalih peranan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) sebagai penjaga industri padi dan beras tempatan.

Dari situ, BERNAS menyambung peranan utama dalam mengawasi perkembangan industri padi dan beras negara, di samping mengambilalih tanggungjawab sosial dan komersil yang selama ini dipikul oleh LPN. Ini termasuk mewakili pihak kerajaan dalam pengurusan dan pembayaran subsidi kepada petani, mengurus Skim Pengilangan Padi Bumiputra, membeli padi daripada petani pada harga minimum terjamin dan bertindak sebagai pembeli terakhir padi dari petani.

Pada 25 Ogos 1997, BERNAS telah mencatatkan satu lagi peristiwa bersejarah apabila disenaraikan di papan utama Bursa Saham Kuala Lumpur. BERNAS terus berkembang melalui integrasi rantaian pembekalannya bersama pengusaha-pengusaha di peringkat antarabangsa bagi sektor pemborongan, perladangan, pemprosesan dan pengedaran.

Apabila Bernas disenarai awamkan di BSKL, saham Bernas diperdagangkan dengan rancak dan kepentingan Bernas telah terdedah kepada sesiapa sahaja untuk membeli dan menjual saham Bernas. Pokoknya sesiapa sahaja yang ada wang khasnya jutawan dan billionwan boleh menguasai Bernas.


Kadangkala aktiviti membeli dan menjual saham-saham Bernas di BSKL itu lebih rancak dari aktiviti-aktiviti teras Bernas itu sendiri iaitu membeli dan menjual Beras untuk kepentingan petani dan rakyat jelata negara ini.

Jika semasa LPN dahulu aktiviti-aktivitinya lebih mesra rakyat khasnya golongan petani dan pesawah tetapi apabila dikorporatkan aktivitinya telah beralih kepada yang lebih mesra golongan elit dan kapitalis. Ini telah mengwujudkan jurang pemisah di antara petani dan kapitalis.

Pada 26 April 2011, Bernas mengumumkan kerajaan persekutuan telah memanjangkan tempoh pengedaran beras selama 10 tahun bermula dari Januari 11, 2011 hingga Januari 10, 2021.

Dimiliki syarikat asing

Pada 30 Julai 2009 syarikat pelaburan dari Hong Kong, Wang Tak Co. Ltd. (Wang Tak) telah berjaya mendapatkan ekuiti sebanyak 31% menerusi pasaran terbuka tetapi Bernas perjelaskan bahawa kepentingan semua pihak yang terdiri daripada petani, pengilang, pemborong, pengguna dan pemegang saham adalah dilindungi?

Di dalam kesibukan pemimpin negara ini berpolitik mereka ternyata terlepas pandang untuk menghidu periuk nasi rakyat negara ini tergugat@hangit.

Sebagai sebuah syarikat strategik didalam membekalkan beras negara, perlahan-lahan telah dikuasai oleh sebuah firma Hong Kong, Wang Tak Co Ltd. Mereka telah menguasai saham Bernas di pasaran terbuka sebanyak 147.51 juta saham atau 31.36 peratus daripada keseluruhan 470,402 juta saham Bernas.

Wang Tak Co Ltd (WTCL) mula membeli saham Bernas sejak dari 2003 secara berperingkat bermula dari empat ke lima peratus dan kini pada 2009 mereka telah menguasai lebih dari 30 peratus. Ini bermakna WTCL mengambil masa selama 7 tahun untuk menguasai sebuah syarikat strategik negara ini yang memonopoli sepenuhnya pengimportan Beras dan pembekalan Beras untuk rakyat negara ini yang rata-rata makanan ruji mereka adalah beras.
 
[2]Selepas itu, Syed Mokhtar Bukhari melalui Tradewinds berjaya memiliki 53.7% ekuiti Bernas bersamaan dengan RM526 juta tunai. Ini menyebabkan satu tawaran lain yang menyebabkan Tradewinds memegang 72.57% kepentingan ekuiti di dalam Bernas.[3]

Adakah menjadi satu kesalahan kepada Syed Mokhtar Bukhari membeli semula saham BERNAS melalui pasaran terbuka yang dikuasai oleh syarikat asing dari HongKong, yang cuba memonopoli atau menguasai perniagaan beras sebagai makanan ruji rakyat Malaysia?

Mengapa pihak pembangkang khasnya Dap tidak melenting apabila BERNAS dikuasai oleh Wang Tak Co. Ltd. (Wang Tak) dari HongKong?


Rujukan

  1. Jump up ↑ The Edge. 26 April 2011


No comments:

Post a Comment