AIDCNews
– 21/11/13 – Rakaman video yang dimuat turun oleh saluran youtube
‘StopLynas SaveBolehland’ pada 3 Mei 2013, iaitu dua hari sebelum
keputusan Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13) diumumkan membuktikan
bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku ketua pembangkang mempunyai
niat untuk menghasut pemikiran rakyat tentang wujudnya pengundi hantu
warganegara Bangladesh dan Indonesia.
Pengundian
PRU 13 pada 5 Mei 2013, namun dua hari sebelum itu, Anwar sudah
tiupkan sentimen pengundi hantu warganegara asing kepada para
penyokongnya.
“Kajian
di kalangan orang Melayu di antara Anwar dan Najib, sokongan Melayu
kepada Anwar 10 peratus lebih tinggi daripada sokongan kepada Najib.
“Jadi,
Najib masih dapat pertahankan sokongannya daripada kalangan Bangla
dan Indonesia..Hiduppppp!,”kata Anwar dalam satu kempen yang
dipercayai dilakukan di negeri Kedah.
Tonton
rakaman video itu selengkapnya.
No comments:
Post a Comment