Sunday, November 17, 2013

Gereja salahkan Umno mengapi-api kemelut Allah

Sidang Raya Gereja Sedunia (WCC) yang beribupejabat di Geneva menganggap “parti politik pro-kerajaan” di Malaysia adalah bertanggungjawab menghangatkan kontroversi Allah.
 
Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh perhimpunan agung WCC yang ke-10 pada minggu lepas, menurut Reverend Herman Shastri, setiausaha agung Council of Churches Malaysia (CCM).

Sumber: ‘World Christian leaders voice concern over Allah ruling‘ (The Malaysian Insider, 16 Nov 2013)
 
hermanshashtri_250_191_100
 
Rev. Herman adalah wakil CCM di acara WCC tersebut yang diadakan di Busan, Korea Selatan

Halangan terhadap Kristian punca timbulnya kebencian

 
Pemimpin-pemimpin gereja mengambil pendirian bahawa kekangan yang dikenakan ke atas penggunaan kalimah Allah telah menyebabkan ketegangan dan rasa benci di antara penganut-penganut [agama Kristian dan Islam] menjadi bertambah sengit, dijelaskan kenyataan itu lagi — Rev. Herman dipetik Jennifer Gomez wartawan TMI sebagai berkata.
 
Tambah beliau, para pemimpin gereja memandang berat isu campurtangan kerajaan dalam soal agama di mana hak golongan Kristian untuk menguruskan sendiri amalan-amalan agama mereka telah disekat oleh pihak berkuasa.
 
Rev. Herman hari ini menyeru pemimpin-pemimpin gereja agar lebih giat mempertahankan hak-hak “kumpulan agama minoriti” (maksudnya para penganut Kristian).
 
Beliau juga menggesa mereka supaya menentang habis-habisan mana-mana peraturan atau perundangan yang mengehadkan kebebasan agama. Rev. Herman menyifatkan larangan-larangan tersebut sebagai bercanggah dengan hak asasi manusia sejagat.
 
Allah4All
PAS for all, hudud for all
 
Dua hari lepas, Sultan Selangor mengeluarkan titah bahawa penggunaan kalimah Allah di dalam kitab Injil dan penerbitan The Herald mesti dihentikan dengan serta merta — laporan Bernama, 14 Nov 2013.

Selangor ialah negeri diperintah Pakatan yang mana wakil-wakil DAPnya adalah yang paling agresif dan lantang bersuara di Dewan.
 
Sebagai pemerintah negeri Selangor, adakah pentadbiran Khalid Ibrahim akan menguatkuasakan ketetapan baginda Sultan itu?

Ataupun adakah si Menteri Besar akan tunduk kepada evangelista-evangelista yang begitu agresif dalam kerajaannya?
 
OngKianMingAllah
 
Hipokrit terulung

 
Turut mengulas tentang titah Sultan ialah blogger otai Raja Petra Kamarudin. Rencana beliau yang bertajuk ‘Where the fuck is Anwar Ibrahim’s statement?‘ telah disiarkan hari ini di portalnya Malaysia Today.
 
Raja Petrana mpaknya sudah bosan dan hilang sabar dengan putar-belit parti-parti Pakatan mengelak isu-isu sensitif dengan alasan “setuju untuk tidak bersepakat” (agree to disagree).
 
Katanya:

Pakatan Rakyat will never be able to agree on this matter once they get into power if they cannot agree on it before they get into power. And this matter is so crucial it threatens to tear the country apart if not resolved.”

RajaPetra
 
RPKMay13
 
 
Now we are beginning to see the hypocrisy ooze out like puss in a boil.” — Raja Petra on the Pakatan “talk a lot but say nothing’ bullshit”
 

Raja Petra finds that “Christians are the most hypocritical people on earth”

 
Perhaps he does not mean Christians in general around the world, e.g. Maronite Christians in Lebanon or Episcopal Christians in Liberia or Eastern Orthodox Christians in Lithuania, are hypocritical.

Perhaps Raja Petra has more the Christians in peninsular Malaysia in mind when he says that he finds Christians to be the most hypocritical people on earth. Well, the Christians of Jerusubang can qualify as the most “confused” people on the planet, that for sure.
 
HannahOnStage
 
 
Baca lagi : Helen Ang
 
 

No comments:

Post a Comment