Dibawah
ini adalah ucapan Anwar Ibrahim pada 28 Oktober 2013.
KUALA LUMPUR - PR akan "lawan" habis-habisan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bakal bermula pada 1 April 2015.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata PR akan mengadakan bantahan ke seluruh negara mengenai pelaksanaan GST tersebut.
Menurutnya, pelaksanaan GST itu adalah suatu jenayah apabila kerajaan masih membiarkan ketirisan dan rasuah terus berlaku sebaliknya membiarkan rakyat menanggung beban.
"Pelaksanaan GST... kami akan turun membantah di seluruh negara.
"Ini jenayah.. kami akan lawan habis-habisan," katanya pada perbahasan Bajet 2014, di Dewan Rakyat, hari ini.
Sinar Online 28.10.2013
Selepas
habis Anwar berucap timbul dakwaan bahawa Anwar pernah terlibat
menyokong GST dalam satu ucapannya pada 1993. Menyedari bahawa
ucapannya ada itu ada rekod atau rakaman , tiba-tiba dia terus buat
kona baring.
Apa
pula yang dia kata semalam ???
GST
yang dia labelkan sebagai jenayah dua hari lepas,tiba-tiba
dipusingkan menjadi sistem percukaian yang efisyen.
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan mulai April 2015 merupakan sistem cukai yang efisyen namun beliau menggesa kerajaan mengambilkira beberapa faktor sebelum melaksanakannya.
“Saya akui memang saya pernah bersetuju dengan pelaksanaan GST pada 1993 ketika Tun Daim Zainuddin menjadi Menteri Kewangan. Ketika saya ambil alih Kementerian Kewangan pada 1998, saya tidak pun laksanakan GST kerana kita ada catat lebih kecil pendapatan.
“Justeru, tak perlu kita apologetik, sekarang pun saya setuju dengan GST. GST memang masih efisyen dan ini telah pun diakui oleh professor dan pakar ekonomi tetapi harus ada prasyarat yang perlu dipatuhi sebelum GST dilaksanakan,” katanya ketika berucap pada taklimat GST dan Belanjawan 2014 di Bilik Taklimat Parlimen pada Rabu.
M Star 30.10.2013
Keh....keh...keh...keh....
Kua...kua...kua...kua...kua.....
Kih...kih...kih...kih...kih...kih...kih....
Kesian machai-machai, blogger-blogger, facebooker-facebooker pencacai peliwat. Susah payah hentam Najib pasal GST....tiba-tiba Anwar kata GST sistem percukaian yang efisyen. Sumbat muka hangpa dalam tong najislah oiiiii.....
Kesian Hadi Awang berucap tersembur-sembur air liur sampai kering mulut dalam Parlimen dua hari lepas menghentam GST (sini) . Tiba-tiba Anwar kata GST sistem percukaian yang efisyen.
Daripada dulu lagi aku dah cakap hangpa, Anwar ini seorang pembawa malapetaka. Dia masuk Umno habis jahanam Umno dengan politik wang dan amalan kronisme. Dia duduk dalam kerajaan negara pun hampir jahanam. Nasib baik Tun Dr M cepat tersedar. Orang yang bijak seperti Tun M pun boleh kena kelentong dengan Anwar. Apalah sangat setakat Haji Awang dan Nik Aziz ? Sekarang Pas pun dah semakin jahanam sejak bersama Anwar. Bagus....bagus....bagus....kita sokong.
Seterusnya : RBF
No comments:
Post a Comment