Yuktes Vijay – Bajet
2014 telah dibentangkan Jumaat yang lalu. Bajet tersebut memenuhi kriteria yang
dikenal pasti sebelum pembentangan dibuat oleh kajian Standard Charted Bank dan
diakui serta diendos oleh Forex Trading untuk kesuburan eknomi. Antara pengesyoran
yang dibuat ialah :
a) Malaysia harus
kurangkan fiskal defisit
b) Harus kurangkan
subsidi
c) Harus tegas dan
yakin dgn implementasi GSTKesemua kriteria di atas dipenuhi sepenuhnya. Namun, menurut Anwar Ibrahim, Bajet 2014 menindas rakyat untuk kesalahan Barisan Nasional yang tidak pandai tadbir negara.
Ini sesuatu yang
tidak mengejutkan kerana fakta dan asas dalam ucapan balas Bajet 2014 olehnya
selaku Ketua Pembangkang tidak diselaputi logik ataupun kebenaran.
Implementasi GST
diibaratkan sebagai cukai regresif. Bagaimana GST boleh digelar cukai regresif
apabila negara-negara luar progresif seperti UK,France dan Jerman menggunakan
sistem yang sama. DI Malaysia pula, hampir 300 00 0 pekerja akan dikecualikan
cukai pedapatan berdasarkan skala gaji baru. Ini regresif?
Kritikan Anwar yang
menuduh Kerajaan BN tidak prihatin kerana memulakan cukai GST dengan 6%. Anwar
turut menggunakan Singapore sebagai contoh untuk menguatkan kritikannya.
Kejahilan ekonomi Anwar terserlah melalui kenyataan-kenyataan ini. Malah ia
menampilkan sebab hutang negara kita naik sebanyak 10% ketika portfolio Menteri
Kewangan dipegang olehnya.
Cukai GST dimulakan
pada kadar 6% kerana 3% peratus daripada jumlah pungutan cukai akan digunakan
untuk kaedah serta penyelarasan cukai. Hanya 3% daripada jumlah kutipan cukai
itu menyumbang kepada pendapatan negara. Perbandingan dengan Singapura tidak
masuk akal kerana keadaan ekonomi,nilai mata wang,densiti penduduk serta per
capita kedua-dua negara sangat berbeza.
Lebih-lebih lagi,
Singapura telah memperkenalkan sistem cukai yang baru berdasarkan nasihat
“Report of the Economic Committee, The Singapore Economy: New Direction” 4
tahun sebelum implementasi GST. Cukai di Singapura mencecah 40% sebelum itu dan
itulah sebabnya cukai GST di Singapura dimulakan dengan 3% dan tidak ditukar
untuk jangka masa yang panjang.
Anwar juga
berpendapat ini bukan masa yang sesuai
untuk melaksanakan GST kerana kadar ekonomi yang rendah. Sekali lagi, sumbangan
pendapat yang tidak berasas. Kajian terperinci ini dibuat setelah perbandingan
dibuat diantara UK dan Jerman di mana pada 1979 UK naikkan peratusan GST dan
pada 1968 Jerman naikkan GSTnya. Inflasi di Jerman boleh dibendung pada masa
itu kerana kadar ekonominya rendah tapi inflasi telah naik di UK kerana kadar
ekonomi ketika itu tinggi.
Akhir kata,
International Monetary Fund(IMF) [organisasi di mana Anwar pernah memegang
jawatan pengerusi j/kuasa] telah lama menyaran Malaysia untuk mengamalkan GST
bagi pengutipan cukai secara rapi dan penambahan jumlah kutipan cukai. Takkan
Anwar berpendapat lain dengan “penasihat ekonominya” ketika kegawatan ekonomi
1998?
Pemansuhan subsidi
gula juga dipolitikkan Anwar yang menuduh pemansuhan tersebut menguntungkan
taikun gula iaitu Syed Mokhtar. Satu lagi hujah tahap pra sekolah. Sila baca
cerita di bawah.
“Azmin
suka makan ais krim. Dia beli ais krim 3 kali sehari untuk RM 1 bagi satu ais
krim. Malangnya satu hari harga ais krim naik.Kalau Azmin terus beli 3 ais krim,belanja dia sehari adalah RM 6. Penjual ais krim yang untung. Adakah penjual ais krim itu bersalah kerana jual ais krim?
Kalau Azmin beli 1 ais krim sahaja sehari, dia jimat RM 1 sehari. Malah, tahap kesihatan Azmin akan lebih baik. Nampak beza? Azmin dapat makan ais krim yg dia suka, dapat tingkatkan tahap kesihatan dan juga sempat jimat RM 1.”
Inilah hakikat
sebenar Bajet 14 Barisan Nasional yang dibentangkan oleh PM Najib Razak. Tahu tak
anda hanya Malaysia sajayang memberi subsidi untuk gula? Malah negara
Indonesia, Filipina dan Thailand yang mempunyai per kapita yang lebih daripada
Malaysia mengenakan harga yang lebih tinggi daripada Malaysia.
Subsidi gula hanya
memanfaatkan syarikat-syarikat minuman ringan. Menurut kajian, purata yang
digunakan oleh syarikat adalah 8 sudu besar dan individu pula 4-5 sudu besar.
Masa itu, Anwar Ibrahim tidak bersuara pun syarikat-syarikat tersebut mengaut
untung.
Isu-isu pelaksanaan
GST dan pemansuhan subsidi gula memang bernas dan wajar. Anwar tidak mampu
fikir secara waras kerana keinginan untuk berkuasa. Pembohongan serta taktik
tipu Anwar mengenai Bajet 2014 akan didedahkan lagi selepas ini agar rakyat
faham Anwar hanya pentingkan kuasa, bukan kebajikan rakyat, kemakmuran ekonomi
ataupun pembangunan negara.
No comments:
Post a Comment