Saya
pernah menulis mengenai kenapa pengguna tidak perlu risau mengenai
GST di twitter beberapa tahun lepas. Ramai di kalangan penyokong PR
menyerang saya, sedangkan apabila ditanya mereka sendiri tidak faham
apa sebenarnya GST. Ada seorang penyokong PR akhirnya mengakui yang
GST sebenarnya ada kebaikan tetapi dia sengaja menyerang sebab dia
tidak suka GST dilaksanakan. Manusia macam ni pun ada dalam PR,
patutlah teruk PR ni.
Dalam
bulan Mei 2013, sekali lagi saya siarkan posting mengenai GST , kali
ini di dalam blog apabila ada yang kecoh-kecoh tentang GST. Posting
"Cukai Jualan, Inflasi dan kenapa peniaga DAP tolak pelaksanaan GST?" http://tunfaisal.blogspot.com/2013/05/gst-cukai-jualan-inflasi-dan-kenapa.html
ini bersumberkan satu artikel
dalam http://econsmalaysia.blogspot.com/2013/05/gst-and-inflation.html.
Disebabkan
ramai yang masih tak berapa faham tentang GST ni dan mudah menjadi
mangsa penipuan PR, saya kongsikan satu lagi artikel untuk kefahaman
pembaca di bawah:-
GST
in Malaysia – How the Goods and Services Tax affects You
Saya
kongsikan juga penerangan daripada Ketua Pengarah JASA, Datuk Fuad
Hassan sebagai rujukan semua di sini -
Begitupun,
walaupun saya menyokong pelaksanaan GST namun persiapan bagi
melaksanakannya dari segi sistem dan perkakasan perlu dibuat dengan
teliti. Jangan jadi macam mesin dan perisian dan pelaksanaan
biometrik yang mempunyai pelbagai kelemahan dan masih memerlukan
penambah baikan.
Baca
artikel menarik di bawah untuk mengelakkan diri daripada
dimanipulasikan dan dieksploitasikan oleh pembangkang...
Sumber : Tun Faizal
No comments:
Post a Comment