Ahli
parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar ‘naik angin’ di Dewan
Rakyat petang Isnin apabila kisah kegagalannya bertanding jawatan
Naib Presiden PAS serta tindakan parti itu melakukan undian semula
jawatan bagi itu dibangkitkan ahli Parlimen Tanjung Karang Datuk Seri
Noh Omar
Sebelum
itu, ahli Parlimen Lenggong Datuk Shamsul Anuar Nasarah mencelah
Mahfuz yang sedang berbahas isu kebajikan tentera dengan menyindir
mengatakan, Mahfuz patut menang jawatan Naib Presiden berdasarkan
kehebatannya berbahas di Dewan Rakyat.
Shamsul
Anuar berkata PAS silap kerana tidak memilih Mahfuz sebagai Naib
Presiden menyebabkan Pesuruhjaya PAS Kedah itu naik angin dan semakin
‘garang’ berbahas.
Noh
yang bangun mencelah kemudian bertanya kenapa Mahfuz ‘dok marah
sangat pasal apa?”.
“Saya
dengar cakap Pokok Sena ada benarnya..tetapi pelik orang PAS tak
terima (pilihnya)..ni dok cakap pengurusan negara, pengurusan
kewangan, pengurusan tanah yang PAS dok urus pilihan parti pun tak
betul pasal apa?…sebab pilih urusan parti tak betul Yang Berhormat
kalah…(saya) ingat kalau kira kali ke empat, Yang Berhormat boleh
menang,” kata Noh.
Sindiran
Noh menyebabkan Mahfuz semakin berang dan menuduh SPR bodoh dan pekak
badak kerana tidak dengar macam-macam komplen pasal pilihan raya.
Ikuti
gelagat Mahfuz dalam rakaman di bawah yang antara lain kata sanggup
lompat naik atas meja jika menang jawatan Naib Presiden.
Sumber : BNBC
No comments:
Post a Comment