Sepertimana
kebanyakan isu-isu lain yang dituduh Anwar ke atas pemimpin UMNO,kes
pembunuhan Altantuya juga nampaknya akan turut memakan diri Anwar
sendiri.Ini berikutan pendedahan terbaru bekas Setiausaha Sulitnya
iaitu Rahimi Osman yang tampak konsisten dengan pendedahan Datuk Dr.
Zulkefli Noordin tidak lama dahulu.Menurut Rahimi,pembangkang pernah
cuba menyogok keluarga Koperal Sirul Azhar Umar yang dituduh membunuh
Altantuya dengan wang tunai berjumlah RM3 juta untuk membuat
pengakuan palsu.Usaha tersebut dilakukan pada Jun tahun lalu
bertujuan untuk mengaitkan Perdana Menteri dengan pembunuhan
tersebut.Apa yang didedahkan Rahimi mengukuhkan persepsi bahawa
penglibatan Anwar dalam kes Altantuya adalah lebih daripada sekadar
ingin memburukkan Perdana Menteri iaitu tidak mustahil yang beliau
sebenarnya terlibat secara langsung.
Sebelum
ini,Zulkifli Noordin yang pernah menjadi peguam Anwar dan juga peguam
kepada Cif Inspektor Azilah yang dituduh bersama Sirul atas kesalahan
membunuh Altantuya,memberitahu umum bahawa Anwar pernah mengarahkan
beliau memaksa tertuduh mengaitkan nama Perdana Menteri dan isteri
dalam pembunuhan tersebut.Campurtangan Anwar itu berlaku pada
penghujung tahun 2006 yang mana merupakan penyebab utama Zulkifli
menarik diri dari kes tersebut sehingga akhirnya membawa kepada
keputusan meninggalkan Anwar dan PKR.Menurut Zulkiflli,Anwar
mendesaknya mereka-cipta bukti palsu dan mendapatkan akuan bersumpah
dari tertuduh untuk mengisytiharkan penglibatan Perdana
Menteri.Beliau bagaimanapun,tidak dapat berbuat demikian kerana ia
tidak menepati kenyataan anak guamnya.Malah anak guamnya,iaitu Azilah
bersumpah pula yang Datuk Seri Najib tidak ada kena mengena sedikit
pun dengan kes tersebut. Mereka-cipta kenyataan palsu bagi anak guam
adalah bersalahan dengan etika perundangan.Oleh kerana itu,Zulkifli
memilih untuk membuat semakan sendiri dan berjaya membuktikan yang
Perdana Menteri mahupun isteri langsung tidak terlibat malah berada
di luar kawasan secara berasingan.
Zulkifli
akhirnya meletak jawatan sebagai peguam bela Azilah pada 2009 setelah
tidak tahan dengan desakan Anwar.Beliau kemudiannya turut mendedahkan
bahawa Anwar menawarkannya ganjaran yang lumayan yang boleh
‘menggoyahkan iman’ untuk tugas kotor tersebut.Pada Mac
2010,Zulkifli turut meletakkan jawatan sebagai peguam syarie
Anwar.Nampaknya strategi politik Anwar begitu banyak bergantung
kepada wang iaitu menyogok dan terus menyogok bagi menjatuhkan
Perdana Menteri.Selain Zulkifli dan Sirul,turut disogok ialah bapa
kepada mangsa liwatnya iaitu Azlan.Azlan yang sebelum itu begitu giat
membela dan sanggup menemani anaknya bersumpah sehingga ke
Mekah,tiba-tiba membuat U-turn di saat-saat
pilihanraya.Walaubagaimanapun,beliau sekali lagi membuat U-turn dan
mengaku bahawa tindakannya mengkhianati anaknya adalah tidak wajar
sama sekali.Berdasarkan sejarah politiknya,saya yakin bahawa tanpa
wang,Anwar tidak mungkin mampu berdiri sebagai ahli politik
lagi.Tanpa wang,Anwar akan keseorangan.Azmin,Chegu Bard,Jo Bedul,Sam
Ketot,Shamsidar hatta Wan Azizah dan Nurul Izzah juga belum tentu
akan sanggup menjulangnya jika Anwar tidak punya wang lagi.Tanpa
mereka ini,tentulah tiada parti.Tanpa parti,siapalah Anwar
Ibrahim.Hari ini,Anwar masih mampu berdiri kerana wang baginya,bagai
tiada had.Namun,percayalah bahawa di dalam dunia ini semua benda
mempunyai had,melainkan kuasa Allah SWT sahaja yang bersifat
infiniti.
No comments:
Post a Comment