Walaupun
telah lama bersara,Tun Dr. Mahathir Mohamad masih terus mencuri ruang
di media massa di seluruh dunia.Beliau kekal menjadi rujukan
mereka-mereka yang ingin mencari ilmu,menjadi panduan kepada
mereka-mereka yang bijaksana dan merendah diri bertanya,serta menjadi
sasaran kepada yang gagal menjatuhkannya.Oleh kerana itu,Tun Dr.
Mahathir tidak mampu mengharungi persaraannya dengan tenang.Seperti
semua tokoh-tokoh hebat sepanjang zaman,Tun Mahathir mempunyai ramai
penyanjung dan tak kurang juga musuh.Apa yang dapat dilihat ialah
dendam kesumat dan hasad dengki manusia mampu berkekalan
selama-lamanya,mungkin sehingga ke akhirat jua.Oleh itu,usaha-usaha
untuk menjatuhkannya walaupun beliau tidak lagi berada di singgahsana
terus dilakukan tanpa jemu.Mungkin ini berlaku kerana Tun Mahathir
masih menjadi tulang belakang kepada UMNO.Mengenalpasti hakikat
ini,pembangkang cuba memburukkan beliau dengan harapan akan turut
memburukkan UMNO dan juga sebaliknya.
Antara
usaha pembangkang yang berterusan ialah untuk mengaitkan beliau
dengan isu kad pengenalan di Sabah.Kerana isu tersebut,beliau diheret
ke panel RCI sebagai saksi ke-209.Pembangkang cuba menggambarkan
bahawa Negarawan itu pastinya ‘kecut perut’ untuk
menjawab segala soalan kerana beliau bersalah.Namun,penampilan beliau
yang tenang dan tersenyum sepanjang masa menyukarkan pembangkang
untuk mengukuhkan tuduhan mereka.Berbanding dengan Anwar Ibrahim yang
bersilat keliling,melompat-lompat dan menjerit-jerit apabila
dituduh,Tun Mahathir langsung tidak melatah.Sesuai dengan gelarannya
sebagai seorang tokoh ulung,beliau menerima tanggungjawabnya untuk
hadir sebagai saksi dan menjawab soalan dengan sopan dan
bersahaja.Dari jawapan Tun Mahathir,saya dapati isu kad pengenalan di
Sabah sebenarnya tidaklah serumit mana.Ia hanya digambarkan sebagai
rumit seolah-olah melibatkan konspirasi besar-besaran oleh pihak
kerajaan kerana pembangkang telah ketandusan isu dalam usaha
memuaskan dendam kesumat mereka.
Tun
Mahathir menyatakan dengan tegas bahawa kad pengenalan hanya
dikeluarkan kepada orang asing jika mereka memenuhi criteria yang
telah ditetapkan.Antaranya ialah,mereka telah tinggal di negara ini
dalam tempoh yang lama,dapat bertutur bahasa tempatan serta
mengamalkan budaya hidup masyarakat tempatan.Beliau tidak pernah
terlibat dalam mengeluarkan kad pengenalan kerana kerja itu tidak
termasuk dalam skop kerjanya sebagai Perdana Menteri ketika
itu.Justeru,jika terdapat kes di mana mereka yang tidak layak turut
menerima kad pengenalan Malaysia,ia adalah menyalahi undang-undang
dan orang yang mengeluarkannya perlu disiasat.Tindakan pembangkang
melabelkan isu ini sebagai ‘projek IC Mahathir’ turut
menimbulkan kelucuan bagi beliau kerana beliau tidak
pernah ‘melancarkan’ sebarang projek
sebegitu.Nampaknya,pembangkang begitu terdesak untuk membalas dendam
sehingga sanggup mengaitkan nama beliau dalam apa saja isu yang
sempat, tanpa memikirkan sama ada ia logik atau tidak sama sekali.
Justeru,saya
ingin nasihatkan pembangkang agar menumpukan sepenuh perhatian untuk
berkhidmat kepada rakyat bukan menipu.Jika benar Tun Mahathir sudah
tidak relevan sepertimana yang dilaungkan sejak beliau belum bersara
lagi,maka kenapakah nama beliau masih terus diungkit dan
disalahgunakan di sana sini ??? Bukankah tindakan pembangkang ini
hanya membuktikan lagi bahawa beliau sememangnya hebat dan
pembangkang sebenarnya tidak mampu menyaingi walaupun seorang
pemimpin UMNO yang telah lama bersara ??? dan apa yang lebih penting
lagi,bukankah ia hanya membuktikan yang pembangkang sememangnya
penipu ???
No comments:
Post a Comment