Saturday, November 23, 2013

Kenaikan Cukai Pintu DBKL di Kuala Lumpur # Cadang kenaikan tak lebih 5 peratus


Rakyat Malaysia khasnya di Kuala Lumpur akan merasai terlebih dahulu bahang kehangatan lonjakan cukai pintu melebihi peratusan yang tinggi atas nama pencapaian bandaraya Kuala Lumpur yang dikelilingi nilai hartanah yang terus melambung. Justeru DBKL dicadangkan menaikkan kadar cukai pintu tidak melebihi 5 peratus.
Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani mencadangkan kenaikan kadar cukai pintu di Kuala Lumpur tidak melebihi lima peratus daripada jumlah sedia ada, bukannya berdasarkan nilai hartanah terkini.
Menurut beliau, kenaikan antara tiga hingga lima peratus daripada jumlah nilai cukai sedia ada bersesuaian dengan kadar inflasi negara yang kini berada pada antara dua hingga tiga peratus.

“Mungkin jumlah anggaran yang diberikan DBKL berasaskan nilai hartanah sekarang mampu dibayar golongan berpendapatan tinggi, namun kita juga perlu turut mengambil kira semua pemilik hartanah, termasuk golongan miskin dan sederhana seperti penghuni rumah kos rendah.

Saya yakin jika kenaikan cukai sehingga antara 100 dan 300 peratus, ia amat membebankan rakyat berpendapatan rendah,” katanya di sini, semalam.

Tambahnya, dengan penarikan beberapa subsidi kerajaan, penetapan kadar cukai pintu yang tinggi pasti menambahkan beban pemilik rumah di kota.

“Malah bantuan kerajaan kepada rakyat menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) seolah-olah tidak bermakna jika mereka terpaksa berdepan kenaikan kadar cukai pintu yang tinggi.
Bagi saya isu cukai pintu yang tidak naik selama 21 tahun itu masalah DBKL dan tidak wajar diletakkan di bahu rakyat kerana ia membabitkan peningkatan drastik.


No comments:

Post a Comment