Monday, November 25, 2013

KONSPIRASI ANWAR IBRAHIM DENGAN AMERIKA SYARIKAT


Anwar melakukan kejutan dengan mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatan Warga Bangladesh dalam proses pilihanraya di Parlimen. Menurut Ketua Pembangkang, Pakatan tidak pernah menyebut 40,000 pengundi Bangla tetapi hanya mengeluarkan kenyataan tentang 40,500 pengundi asing yang tidak dapat dikenal pasti.

Selepas Anwar berdolak-dalik dengan isu pengundi Bangladesh, giliran Ambiga pula mempertahankan  majikannya.

Memang tidak menghairankan memandangkan kedua-dua individu tersebut mempunyai ciri-ciri yang sama seperti suka demonstrasi, guna pakai kaedah tipu helah dan memesongkan kebenaran. 

Penyokong BN pula ghairah dengan kenyataan Anwar tersebut tetapi telah hilang fokus kepada perkara dan isu yang lebih besar berkenaan perkara ini. Isu Anwar diperangkap menipu ataupun meliwat bukan lagi sesuatu yang baru. 

Kejahilan sebeginilah yang berfungsi sebagai kelebihan untuk Anwar dan pihak pembangkang. Anwar bukan bodoh. Yang diperbodohkan dan "dibanglakan" lagi di sini adalah penyokong dan pemimpin Barisan Nasional.

Pengakuan oleh Anwar dan Ambiga selaku Pengerusi Bersih, iaitu NGO yang berkait dengan isu pilihanraya amat penting. Ini berikutan insiden yang berlaku di Russia selepas pilihanraya negara tersebut siap dilaksanakan pada tahun 2011. 

GOLOS merupakan sebuah NGO yang berfungsi seperti BERSIH di Russia. Antara tugasan utama GOLOS adalah untuk menjadi Pemerhati Pilihanraya. Ini adalah merupakan salah satu ciri yang sama di antara kedua-dua badan tersebut.

Sejurus selepas Pilihanraya Presiden di Russia tamat, GOLOS telah melemparkan pelbagai tuduhan yang tidak berasas terhadap Presiden Putin dari Russia. Namun sehingga hari ini tidak ada bukti yang diberi untuk menyahkan tuduhan GOLOS. Nampak persamaan dan kemiripan di antara GOLOS dan BERSIH?


BUKTI NED TAJA GOLOS


Persamaan tersebut tidak berakhir setakat itu. Kedua-duanya juga ditaja oleh National Endowment for Democracy (NED). Di sinilah masalah dan kerumitan bermula.
Kaitan inilah yang patut diberi perhatian. Bukan bersorak kerana Anwar didapati berbohong!







TUJUAN NED DITUBUHKAN







GOLOS telah disiasat dan akhirnya didapati mendapat arahan daripada Amerika Syarikat dan ini bukan sekadar tuduhan yang tidak berasas. Ungkapan daripada laporan berita di atas adalah seperti berikut :
Russian news website Life News has published emails it claims show correspondence between the US State Dept. and the Russian election watchdog Golos discussing payments for work done to discredit the results of Russia’s parliamentary vote."

Life News says it has come into the possession of 60 megabytes of Golos' private online correspondence. According to Life News, they are letters sent and received by Golos Executive Chief Lilya Shibanova and her deputy Grigory Melkonyants. Judging by the documents published on the site, the group which claimed to be independent was actually funded in order to defend the interests of US State Department.

And judging by the letters in question, there seems to be a certain “price” Golos paid activists for any report on election violations. Here is a letter by activist Andrey Suvorov to Melkonyants: 
Hello,
I just wanted to discuss the conditions of our work once again.
Like we have defined it, it is piece-rated.
What will be the sum for one full appeal based on a violation report?
What will be the sum for the detected incorrect report about a violation?
Waiting for your answer.
If necessary, I will come up with my suggestions.
Best regards, Andrey.”


EMEL DI ANTARA AMERIKA DAN RUSSIA



Antara perkara yang boleh difahami daripada laporan tadi ialah GOLOS telah giat berusaha untuk mencari alasan dan apa-apa salah laku dalam pilihanraya untuk memberikan gambaran yang salah tentang kesahihan pilihanraya tersebut.

Di Malaysia, NED melalui cabang-cabangnya turut memberi bantuan kewangan kepada SUARAM, Malaysiakini, NIEI (National Institute for Democracy and Electoral Integrity), SEAPA (Southeast Asian Press Alliance), dan CIJ (Centre for Independent Journalism), selain pernah mengadakan bengkel khas kepada tenaga penggerak BERSIH.

Faham tak kenapa sekarang mengapa Demonstrasi Blackout505 diadakan?
Terbukti tiada blackout, tiada pengundi asing.

Faham tak mengapa Tribunal Rakyat diadakan walaupun alasan-alasan tersebut tidak difailkan di dalam petisyen-petisyen Mahkamah?
Untuk wujudkan persepsi yang buruk terhadap negara

Ingin tahu NED menaja NGO-NGO yang mana di Malaysia?




Malah BERSIH sendiri ditaja oleh NED. Walaupun tiada nama BERSIH sebagai penerima dana sebaliknya nama Malaysiakini ada, BERSIH sebenarnya berlindung di sebalik program NDI, satu lagi NGO yang didalangi oleh CIA.

Lawyers for Liberty, SUARAM dan Merdeka Center adalah antara NGO yang dicatat dalam senarai gabungan NGO BERSIH.

Yang pelik di sini, bagaimana sebuah NGO yang tidak didaftarkan secara rasmi boleh menerima dana asing dengan begitu mudah?


Ambiga sendiri mengesahkan bahawa badan bukan kerajaan (NGO) telah menerima sumbangan sebanyak RM90 ribu dana asing untuk menjalankan operasi NGO pimpinannya itu.Walau bagaimanapun Ambiga hanya memberitahu maklumat jumlah dana asing itu tanpa memberikan sebarang bukti konkrit yang boleh dipercayai.

Ketika penganjuran perhimpunan BERSIH 2.0,Ambiga diasak tentang persoalan dana asing,akhirnya beliau mengaku kepada pemberita bahawa BERSIH pimpinannya telah menerima ‘sejumlah kecil sumbangan’ daripada dua organisasi Amerika Syarikat (AS) iaitu National Democratic Institute (NDI) dan Open Society Institute (OSI). 

NDI adalah salah satu cabang NED (National Endowment For Democracy) sebuah yayasan berpangkalan di Amerika Syarikat, diketuai oleh Madeline Albright, bekas Setiausaha Negara AS.

Soalnya sekarang apakah hubungan di antara NED yang merupakan cabang CIA untuk campur tangan secara tidak rasmi dan tidak langsung ke dalam hal ehwal sesebuah negara dan pernah mengaku menggulingkan kerajaan?

Tahu tak siapa yang memberi sumbangan kepada NED? Sebuah organisasi bernama Open Society.

Tahu tak siapa yang di belakang operasi Open Society? George Soros. 
 
Badan-badan yang disebut di atas digerakkan untuk mempengaruhi pandangan dunia terhadap beberapa orang pemimpin negara lain, melalui pembiayaan pergerakan-pergerakan pembangkang menerusi kebangkitan Revolusi Warna, yang bertujuan untuk menaikkan pemimpin-pemimpin (proksi) yang bersedia bersekutu dan mempunyai tanggapan positif terhadap establishment Anglo-Amerika

INILAH OPERASI CHARTER 77......
KERAJAAN DIGULINGKAN. KUASA RAKYAT KONONNYA DIMERTABATKAN
KUASA RAJA DITARIK BALIK. LAHIRNYA PERLEMBAGAAN BARU

Sumber : Yuktesvijay
 

No comments:

Post a Comment