Saturday, November 23, 2013

MALU ! TUN MAHATHIR DIKUTUK TAPI HADI AWANG BOLEH PULA !!

Akhbar hari ini melaporkan kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang menegaskan kemenangan anaknya, Muhammad Khalil 'bukan atas dasar pengaruh beliau sebagai presiden parti'.


Ooo.....'bukan atas dasar pengaruh beliau Hadi Awang sebagai Presiden parti'.
"Bukan...saya tak berkempen sepatah apapun. 
"Semua pemuda anak-anak saya, tiada anak keturunan, baka itu anak dalam parti, " katanya sambil berseloroh. 
Muhammad Khalil yang juga wakil tunggal kumpulan ulama,dipilih sebagai Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS pada pemilihan kepimpinan baharu sayap parti itu pada Khamis dengan memperoleh 355 undi. 
Kemenangan itu sekaligus menggagalkan usaha bekas Naib Ketua Pemuda PAS, Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob dari kumpulan profesional untuk menguasai tiga jawatan tertinggi sayap PAS itu. Raja Ahmad Iskandar yang juga Ketua Pemuda PAS Perak mendapat 282 undi. seterusnya
Sebelum ini pihak pembangkang telah mengkritik hebat Tun Dr Mahathir kerana kononnya 'mempunyai pengaruh' ke atas posisi jawatan Mukhriz Mahathir. Padahal, ketika itu, Tun Mahathir tidak lagi memegang jawatan dalam parti dan kerajaan.

Bukannya seperti Hadi Awang, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Karpal Singh yang mempunyai legasi anak beranak dalam parti tatkala mereka memegang jawatan tinggi dalam politik.

Sekarang, siapa yang terpaksa mencuci balik ludah yang terpalik ke muka jika bukan pihak pembangkang. Sungguh memalukan.

Isu kroni anak beranak ini juga mengingatkan kita kepada Lim Guan Eng DAP yang sebelum ini begitu lantang mempertikai kemenangan BN PRU13 berdasarkan undi popular yang kurang daripada pembangkang.

Tetapi kini beliau terpaksa mencuci balik ludah di muka sendiri apabila isu undi popular terkena ke batang hidung Guan Eng.Bukan sahaja mendapat undi popular yang berkurangan, anak Kit Siang DAP itu jatuh tergolek ke tangga 5 ditolak oleh perwakilan pemilihan semula CEC DAP.

Walau pun tergolek ke tangga 5 dan undi popular berkurangan, Lim Guan Eng DAP tanpa rasa malu memegang jawatan tertinggi sebagai Setiausaha Agung DAP.

Manakala calon DAP yang mendapat undi tertinggi hanya sekadar pengerusi biro dalam parti! Inilah demokrasi ala-DAP yang dipuja-puja oleh sebahagian rakyat Malaysia yang masih tidak sedar diri.

Memalukan.

Dan kepada Dr Raja Ahmad Iskandar yang kalah, beliau masih ada task yang belum selesai iaitu isu Karpal Singh.


Hari ini hari ke-5, mana tindakan susulan yang sebelum ini berkobar-kobar dimainkan atau ianya memang gimik murahan untuk mendapat publisiti menjelang pemilihan Pemuda PAS?




No comments:

Post a Comment