Salam
bahagia diucapkan kepada Tuan Mohd Fauzi bin Yusuf,
Merujuk
kepada kenyataan akhbar yang dikeluarkan sebentar tadi oleh Badan
Perhubungan PAS Pulau Pinang, izinkan saya untuk memberi sedikit
maklum balas.
(1)
Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang ingin memaklumkan
kepada kerajaan negeri serta majlis Pakatan Rakyat Negeri Pulau
Pinang agar memberi kuasa penuh tanpa sebarang campur tangan yang
tidak wajar kepada Yang DiPertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau
Pinang.
Sila
maklum bahawa tuntutan tuan adalah tidak wajar memandangkan
hal-hal agama di serambi mekar Pulau Mutiara adalah ditadbir oleh
Saidina Umar Lim Abdul Aziz selaku Khalifah yang memiliki kuasa
mutlak beserta diiktiraf sebulat suara bahawa pemerintahannya adalah
yang paling bijak, paling adil dan paling saksama di seantero.
(2)
PAS juga menuntut supaya ditambah kuota bilangan ahli majlisnya di
Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Prai
kepada 4 orang setiap Pihak Berkuasa Tempatan.
Sila
maklum bahawa Pulau Pinang adalah merupakan satu pemerintahan
Khalifah (Caliphate) yang cukup sempurna dan tiada tolok bandingnya
di rantau ini. Justeru sudah menjadi adat bahawa pelantikan mana-mana
pegawai tinggi adalah terserah kepada sepenuhnya budi bicara Saidina
Umar Lim Abdul Aziz yang paling bijaksana, paling adil dan paling saksama
tanpa tolok bandingnya.
(3)
Seterusnya PAS menuntut agar diberi kuasa penuh untuk memilih dan
melantik Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung di kawasan
DUN / Parlimen yang ditandingi parti tersebut.
Sila
maklum bahawa Pulau Pinang adalah sebuah khalifah pemerintahan
Saidina Umar Lim Abdul Aziz. Kuasa untuk memilih dan melantik
mana-mana pegawai adalah terletak sepenuhnya pada tangan Saidina Umar
Lim Abdul Aziz yang paling bijak, paling adil dan paling saksama di
seluruh Nusantara.
4)
Tambahan lagi, PAS menuntut peruntukan kuota bagi wakil-wakilnya
sebagai ahli lembaga pengarah dalam anak-anak syarikat milik /
berkaitan kerajaan negeri (GLC) memandangkan sehingga kini, tiada
mana-mana lantikan yang dibuat mewakili PAS.
Sila
maklum bahawa Pulau Pinang adalah sebuah khalifah pemerintahan
Saidina Umar Lim Abdul Aziz yang tiada cacat cela.
Kuasa
untuk memilih dan melantik mana-mana ahli keluarganya untuk menjadi
mana-mana ahli lembaga pengarah adalah terletak sepenuhnya pada
tangan Saidina Umar yang paling bijak, paling adil dan paling
saksama. Kepimpinan yang sebegitu cemerlang, gilang-gemilang dan
tidak terbilang belum lagi pernah dijumpai sepertinya di dunia
sebelum ini.
(5)
Berhubung aduan PAS bahawa cogankata CAT (Cekap, Akauntabiliti,
Telus) tidak dipraktikkan dalam hubungan Pakatan Rakyat bersama parti
Islam bendera hijau itu, sila maklum bahawa Pulau Pinang bukanlah
berupa sebuah pemerintahan CAT tetapi ia pemerintahan Caliphate yang
diterajui Saidina Umar Lim Abdul Aziz yang paling bijak, paling adil
dan paling saksama.
(6)
Berhubung kebimbangan PAS tentang campur tangan yang tidak wajar oleh
pihak kerajaan negeri terhadap MAINPP yang akan menyebabkan
berlakunya ‘Pertindihan Kuasa’ yang akan mengganggu kelancaran
pentadbiran dan organisasi Islam tersebut, sila maklum bahawa Pulau
Pinang adalah Caliphate yang mana sememangnya Khalifah Umar Lim Abdul
Aziz mempunyai kuasa mutlak dalam bidang agama.
Maka
tidak dijangka akan timbul apa-apa masalah pertindihan kuasa atas
sebab tidak ada mana-mana pemimpin lain yang dibenar untuk mempunyai
kuasa yang setara dengan Saidina Umar Lim Abdul Aziz yang
tempatnya teragung dan teratas sekali.
(7)
Berhubung kemahuan PAS untuk dilibatkan dalam apa-apa perbincangan
dasar yang hendak dirancang sebelum ia dilaksanakan, sila maklum
bahawa Pulau Pinang adalah Caliphate di mana Khalifah Umar Lim Abdul
Aziz mungkin sesekali akan meminta dan mendengar pandangan daripada
wazir, orang yang dipercayainya. Namun buat masa ini, Sang Wazir
masih sihat walafiat (syukur) dan maka dengan itu, tidak ada
kekosongan jawatan buat masa ini untuk disi orang PAS Pulau Pinang.
Sekian.
Harap maklum dan kerjasama tuan Mohd Fauzi adalah amat dihargai.
Amar
makruf nahi mungkar.
Saya
yang menjalankan tugas dan berkhidmat kepada Khalifah,
Pemegang
Mohor Kecil
(Bahagian Protokol Istana)
(Bahagian Protokol Istana)
Credit : Helen Ang
No comments:
Post a Comment