Friday, November 29, 2013

POLIS SAMAN BILA LANGGAR UNDANG-UNDANG, KENAPA NAK SALAHKAN MENTERI PULA? #opswarta @Zahid_Hamidi @KBAB51 @PDRMsia


Ops Cantas Khas yang dijalankan oleh Polis memerangi jenayah dan gangster mendapat sokongan dan pujian dari seluruh rakyat Malaysia. Ini menunjukkan tindakan tegas yang dilakukan oleh Polis harus diberikan pujian yang tinggi pada mereka kerana 'taring' Polis sudah mula kembali tajamnya.

Bila dah buat salah mesti lah ada sebabnya betul tak? Kenapa kita nak lari dari kesilapan atau kesalahan yang kita buat? Malah ada pihak yang cuba untuk mempolitikkan bila mana Polis menjalankan tugas yang diamanahkan pada mereka.

Isu saman trafik ini pada GR dah lama dipersoalkan di negara kita. Sejak mula ianya diperkenalkan dengan diskaun setengah harga pada zaman Menteri KDN sebelum ini ternyata masih tidak mendapat sambutan yang hangat dari rakyat Malaysia. Di manakah silapnya? Tepuk dada tanyalah diri, tak nak kena saman apa yang perlu kita buat.

Bila mana sekarang ini Polis mula bertindak tegas untuk mencari pesalah laku jalan raya yang malas nak selesaikan saman mereka, ada pula yang mengatakan Kerajaan bertindak kejam dan tidak berperikemanusiaan pada rakyat. Adakah rakyat sedar, bahawa mereka sendiri bertindak sedemikian rupa? Bila kita disaman atas kesalahan yang dilakukan, bukankah Polis memberikan kelonggaran untuk menyelesaikan saman tersebut.

Tempoh yang diberikan bermula tarikh saman dikeluarkan lebih kurang 2,3 bulan, betul tak? Dalam tempoh itu juga kita diberikan kelonggaran untuk membuat semakan dan juga memohon untuk dikurangkan saman tersebut. Adakah Polis bertindak kejam cara begini?

Untuk pengetahuan semua, sejak Menteri KDN yang baru DS Zahid Hamidi menjawat jawatan yang diamanahkan..."Segala kerja dan tindakan pihak Polis laksanakan tidak ada campur tangan dengan Menteri". Jadi kenapa perlu dipolitikkan isu saman trafik ini. Tugas dan ketegasan yang dilakukan oleh KPN harus diberikan pujian dan sokongan oleh rakyat Malaysia demi untuk mengurangkan salah laku di jalan raya.

Di Melaka sahaja ada 52,000 waran tangkap ke atas pesalah trafik yang tidak mengambil tindakan menjelaskan saman. Mengapa ini berlaku dan mengapa mereka disaman? Mungkin mereka ini pro kempen Anti Saman Ekor  (KaSE) anjuran PAS? Apa yang PAS buat untuk bantu selain duk menyalak tanpa ada kempen kesedaran untuk mendisiplinkan pemandu kenderaan dan penunggang motosikal.

Sistem Semakan Saman


Akibat terlalu ambil mudah dengan mengabaikan saman yang dikenakan menyebabkan waran tangkap dikeluarkan. Saman adalah untuk educate pemandu supaya tidak mengulangi kesalahan di buat. Tapi atas ego yang tebal dan konon ada kabel boleh 'hapus' saman menyebabkan mereka ambil mudah ke atas saman-saman yang dikenakan.

Hidup kalau takde undang-undang, lebih baik hidup di zaman batu. Bila Ops Cantas Trafik waran tangkap Ops Warta dilaksanakan bagi memburu pesalah-pesalah trafik tegar, baru nak menggelabah. Paling memalukan sampai tahap nak salahkan Menteri Dalam Negeri pulak?

Jangan ikut sampai perangai buruk puak2 Pakatan Haprak yang seboleh-boleh semua undang-undang di Malaysia dimansuhkan semuanya. Boleh hidup macam binatang, berak kencing suka hati nak buang kat mana yer tak? Fikir-fikirlah....

p/s : Ada kawan bagitau Kerajaan banyak kempen kesedaran. Soalnya berapa banyak Kerajaan nak labur duit lagi kalau masih ramai yang EGO??


No comments:

Post a Comment