Serdang:
Walaupun sudah dua kali diserbu, namun sebuah premis salun
rambut di Puchong yang menyediakan wanita asing untuk khidmat
seks, dipercayai masih mengulangi kesalahan sama apabila
serbuan serbuan kira-kira jam 11 malam kelmarin, polis menahan
10 wanita warga asing yang disyaki menawarkan khidmat seks.
Premis
yang beroperasi di tingkat satu bangunan perniagaan Bandar
Puchong Jaya itu dipercayai bukan saja berselindung di sebalik
salun rambut, malah ia juga tidak berlesen.
Jika
dilihat dari luar, tiada siapa tahu salun itu turut menawarkan
khidmat seks namun sebaik melangkah masuk, premis berkenaan
turut mempunyai beberapa bilik dilengkapi tilam.
Perbuatan
tidak bermoral pemilik salun rambut itu berjaya dikesan
Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat
Polis Daerah (IPD) Serdang yang menyerbunya, malam kelmarin.
Ketua
Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Abd Razak Elias
berkata, sembilan daripada wanita asing yang ditahan itu warga
Vietnam dan seorang warga China berusia antara 18 hingga 25
tahun.
“Ketika
diserbu, seorang wanita didapati sedang melayan pelanggan
dalam sebuah bilik. Ada sembilan pelanggan dalam premis itu
ketika serbuan dilakukan,” katanya yang ditemui selepas
serbuan.
Katanya,
hasil pemeriksaan mendapati semua wanita warga asing terbabit
menggunakan pas lawatan sosial dan seorang lelaki berusia 21
tahun dipercayai penjaga premis turut ditahan bagi membantu
siasatan.
No comments:
Post a Comment